Skip to main content

Tragedi di Hari Raya Haji

Hari tu aku terpaksa masuk KPJ emergency sebab sakit perut sangat. Ingatkan masa tu nak pergi klinik biasa jer, minta ubat dan sebagainya tapi tak tahu pula boleh jadi serius sampai kena buat CT Scan, ambil darah dan sebagainya sebab result tak cantik. Masa tu hampir-hampir kena tahan dekat ward tapi sebab doktor tengok keadaan aku dah stabil, aku pun dengan takut nak tinggal dekat ward pun gagahkan diri untuk sihat. Masa tu juga adalah pengalaman pertama kali kena masuk air, kena itu dan ini macam orang yang betul-betul sakit kronik. Pada masa yang sama rasa takut pun ada juga. Semenjak peristiwa tu jugalah kena ada follow up dengan doktor untuk cek darah.

Perasaan takut tu memang susah nak cakap

Personally, aku bukan takut mati. Aku takut rasa sakit, secara fizikal dan mental. Aku takut aku susahkan orang disekeliling aku. Aku takut sakit kena ambil darah berkali-kali, atau tiba-tiba kena buat pembedahan dan sebagainya. Buat masa ni, orang di sekeliling aku cuma tahu sikit-sikit jer, aku cerita kepada mereka sebab aku tak mahu mereka rasa diri mereka tidak penting dalam hidup aku. Well, of course mereka semua penting dalam hidup aku sama ada yang jenis update atau tak update pasal diri aku. Aku cuma beranggapan aku tidak mahu menyemak dalam hidup mereka, cukuplah sekadar tahu nama aku dan kisah silam kami dahulu.

Entahlah kenapa, semakin rasa semangat mahu aktif di media sosial, semakin kuat satu perasaan yang buat semangat itu hilang. Tak pasti sebab faktor usia kah tidak sebab ada jer yang masih aktif dan banyak kawan dan kenalan pada usia aku yang sekarang ni. Aku ni makin lama makin menyendiri. Bukan sebab suka sendirian, tapi sebab perasaan ni yang aku susah nak cakap. Perasaan yang buat aku jauh dari orang ramai, kalau ada manusia yang tolong jadi pemangkin lagilah galak aku bersendirian. Tapi aku faham, tak semua manusia sempurna. Kadang-kadang cakap pun tak pandai bertapis terkena pula dengan aku yang terlampau sensitif. Tapi mostly reaksi aku cuma diam saja. So, memang nampak tak ada masalah pun hubungan kami di depan mata.

Sampailah satu tahap, hati aku dah setebal besi keluli, orang cakap apa pun aku tak kisah dan malas nak engage tapi aku suka catat peristiwa-peristiwa macam ni. Mungkin sebab hobi kot. Tapi paling penting fokus kumpul duit banyak-banyak tapi tak tahu nak guna untuk apa. Rasa rindu pula nak main MMORPG.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...