Setelah beberapa tahun aku pakai Wordpress. ni sebagai blog personal aku, aku tiba-tiba rindu nak pakai balik Blogspot. sebab paling utamanya lebih senang nak atur atau customize muka depan blog . Sebab lain juga Blogspot. ni free untuk semua manakala Wordpress. ni satu laman yang berbayar. Bukanlah bermaksud kedekut duit bahkan aku tak pernah ambil pakej berbayar pun untuk Wordpress. ni sebab aku buat blog pun bukan untuk jana duit, tapi lebih kepada luahan hal-hal personal . Jadi aku rasa macam tak berbaloi kalau ambil pakej berbayar untuk Wordpress. Nasib baik juga ada function boleh import dan export entri-entri lama macam aku buat dekat Blogspot. dulu. Sorrylah aku punya selera ni sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan semasa tapi aku perlu tengok dulu kesesuaian muka depan blog baru nanti. Aku ni dah la jatuh cinta teruk dengan header photo Wordpress. sekarang. Duduk lama-lama dekat office ni bagus juga buat benda yang berfaedah sikit dari termenung tak ...
Seorang yang berusaha keras menjalani kehidupan yang sederhana, berhempas pulas melarikan diri dari rasa kekosongan