Skip to main content

Bertukar Selera Lagi?

Setelah beberapa tahun aku pakai Wordpress. ni sebagai blog personal aku, aku tiba-tiba rindu nak pakai balik Blogspot. sebab paling utamanya lebih senang nak atur atau customize muka depan blog. Sebab lain juga Blogspot. ni free untuk semua manakala Wordpress. ni satu laman yang berbayar. Bukanlah bermaksud kedekut duit bahkan aku tak pernah ambil pakej berbayar pun untuk Wordpress. ni sebab aku buat blog pun bukan untuk jana duit, tapi lebih kepada luahan hal-hal personal. Jadi aku rasa macam tak berbaloi kalau ambil pakej berbayar untuk Wordpress.

Nasib baik juga ada function boleh import dan export entri-entri lama macam aku buat dekat Blogspot. dulu. Sorrylah aku punya selera ni sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan semasa tapi aku perlu tengok dulu kesesuaian muka depan blog baru nanti. Aku ni dah la jatuh cinta teruk dengan header photo Wordpress. sekarang.

Duduk lama-lama dekat office ni bagus juga buat benda yang berfaedah sikit dari termenung tak buat apa-apa. Semenjak jadi fully HR ni walaupun ada jugalah cum-cum lain posisi tu, aku ada tenang sedikit cuma bila dah nak hujung bulan memang busy memanjang. Officemate yang lain lebih suka dengan zon-zon selesa mereka mungkin tak ada fikir pasal growing diorang punya karier kot. Aku pula ambil jer offer posisi baru sementara peluang masih ada. Walaupun tak berapa happy sangat kerja sini, aku masih boleh beradaptasi dan selesa mengikut keadaan tertentu, eventhough banyak jer kerja lain yang lebih menyeronokkan dan bergaji besar.

Tapi apa yang penting, aku bercita-cita nak ada kerja sendiri, kerja berkaitan dengan arts dan videography, kerja di rumah, nak potong KWSP sendiri, nak ada company sendiri. Tak perlu mendongak menunggu arahan dari orang lain atau ditegur walaupun salah berpunca dari orang lain. Tak kisahlah kerja kerajaan atau company besar swasta, selagi kalau bukan kita yang jadi boss besar, kita tak dapat nak buat keputusan sendiri, dan lebih teruk kalau orang lain memang tak pandang pun dengan idea kita.

By the way, kalau misal aku dah bertukar selera nanti, aku just tukar jer kot. kalau masih suka di takuk yang lama, aku stay. Lagipun, dekat mana-mana website tak kisah janji stabil dan kukuh untuk simpan memori yang aku luahkan selama ini.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...