Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2024

Masalah Kesihatan

Sebulan yang lepas, aku ada buat operation dekat eyelid aku sebab eyelid aku sebelah kanan ada jatuh sikit. Walaupun operation tu tak lama, tapi sakitnya memang tak terkata lebih-lebih lagi bila kena cucuk bius 2 kali dekat area mata dan kening. Sekurang-kurangnya legalah juga sebab masalah ni dah lepas dan aku pun dah boleh berhenti follow-up dengan doktor pakar sebab eyelid aku dah sembuh. Eyelid aku sebelum ni turun kebawah sikit kira dah lama juga, berbulan-bulan tapi aku ignore jer dulu sampailah terbuka hati nak pergi atur dekat doktor pakar. Actually memang tak elok kalau dibiarkan lama sebab bebola mata boleh turun dan tak seimbang, jadinya aku ada juling sedikit tapi nasib baik tak nampak sangat. Kos perubatan pula tak mahal mana pun dan lebih murah jika dibandingkan dengan buat pembedahan lasik. Aku teringin sebenarnya nak buat pembedahan lasik tapi partner aku tak izinkan sebab nampak dia risau dengan side effect lepas surgery  atau risiko dari pembedahan las...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...