Skip to main content

Masalah Kesihatan

Sebulan yang lepas, aku ada buat operation dekat eyelid aku sebab eyelid aku sebelah kanan ada jatuh sikit. Walaupun operation tu tak lama, tapi sakitnya memang tak terkata lebih-lebih lagi bila kena cucuk bius 2 kali dekat area mata dan kening. Sekurang-kurangnya legalah juga sebab masalah ni dah lepas dan aku pun dah boleh berhenti follow-up dengan doktor pakar sebab eyelid aku dah sembuh. Eyelid aku sebelum ni turun kebawah sikit kira dah lama juga, berbulan-bulan tapi aku ignore jer dulu sampailah terbuka hati nak pergi atur dekat doktor pakar. Actually memang tak elok kalau dibiarkan lama sebab bebola mata boleh turun dan tak seimbang, jadinya aku ada juling sedikit tapi nasib baik tak nampak sangat. Kos perubatan pula tak mahal mana pun dan lebih murah jika dibandingkan dengan buat pembedahan lasik. Aku teringin sebenarnya nak buat pembedahan lasik tapi partner aku tak izinkan sebab nampak dia risau dengan side effect lepas surgery atau risiko dari pembedahan lasik. Mungkin perlu tunggu masa lagi kot untuk dia terbuka hati benarkan aku free dari rabun jauh yang teruk ni. Eyelid aku sebelum ni okay jer, entah kenapa tiba-tiba boleh jatuh sebelah macam sleepy eye jer aku tengok. Partner aku cakap dia ada search dekat Google dan dapat tahu punca eyelid aku jadi macam tu sebab burn-out dan terlampau stress. Dia juga cakap boleh jadi sebab mata aku penat hadap PC semasa bekerja. 

Mata aku sebelum pembedahan

Makin meningkat usia ni, makin kerap aku berjumpa dengan doktor. Ada ketikanya sampai perlu berjumpa 3 doktor dalam satu tempoh tertentu. Dua doktor pakar dan satu doktor dari klinik biasa. Dah berapa tahun ni aku habiskan cuti dengan melepak di klinik dan hospital. Tak kisah hospital swasta atau kerajaan, memang lama menunggu. Tapi dua-dua tempat aku pergi, servis memang baik dan staff pun friendly. 

Setakat ni aku dah jalani 2 jenis operation. Tak ada satupun yang tak sakit. So, kesimpulannya, jangan sengaja mahu sakitkan diri sendiri ya kalau tak mahu kerap berjumpa dengan doktor macam aku. Itupun partner aku bersungguh-sungguh nak aku pergi jumpa doktor. Kalau tak kerana kena masuk emergency beberapa bulan yang lalu tu, maybe sampai sekarang aku tak jumpa doktor lagi dan cek darah dan urin secara berkala eventhough aku memang ada buat health screening at least setahun sekali. Tapi tahun lepas, cek darah memang banyak kali sampai aku tak ingat berapa banyak dah darah aku kena ambil untuk di-test. 

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...