Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2024

Home Office Baru

Semenjak partner aku mengidam nak ada drum sendiri, aku pun bercadang nak hadiahkan dia drum masa hari lahir dia. Tapi aku tak adalah nak belikan terus sebab drum ni ada banyak jenis juga lagi-lagi bila ada yang akustik dan elektronik. Penyelesaiannya, aku cuma bankin -kan partner aku duit dan biarkan dia pilih sendiri hadiah dia. Jadi, dengan rendah diri aku pun akur pindahkan home office aku dari bilik bawah ke bilik atas memandangkan partner aku nak guna bilik bawah untuk studio dia nanti. Sekarang ni, aku cuma masukkan apa yang penting saja dalam office aku, at least aku ada privasi sendiri berbanding dulu dimana home office berkongsi aku dan partner aku.  Bulan lepas tak silap, aku dah terlebih berbelanja nak dekat RM7K juga. Walaupun mungkin amount tu tak besar bagi sesetengah orang, tapi bagi aku cukup buat aku sedih juga sebab duit terbang. Mula-mula berbelanja untuk tukar accessories kereta dan tukar headlamp kereta. Lepas tu tanpa dirancang, pindah home offic...