Skip to main content

Home Office Baru

Semenjak partner aku mengidam nak ada drum sendiri, aku pun bercadang nak hadiahkan dia drum masa hari lahir dia. Tapi aku tak adalah nak belikan terus sebab drum ni ada banyak jenis juga lagi-lagi bila ada yang akustik dan elektronik. Penyelesaiannya, aku cuma bankin-kan partner aku duit dan biarkan dia pilih sendiri hadiah dia. Jadi, dengan rendah diri aku pun akur pindahkan home office aku dari bilik bawah ke bilik atas memandangkan partner aku nak guna bilik bawah untuk studio dia nanti. Sekarang ni, aku cuma masukkan apa yang penting saja dalam office aku, at least aku ada privasi sendiri berbanding dulu dimana home office berkongsi aku dan partner aku. 

Bulan lepas tak silap, aku dah terlebih berbelanja nak dekat RM7K juga. Walaupun mungkin amount tu tak besar bagi sesetengah orang, tapi bagi aku cukup buat aku sedih juga sebab duit terbang. Mula-mula berbelanja untuk tukar accessories kereta dan tukar headlamp kereta. Lepas tu tanpa dirancang, pindah home office ke tingkat atas, so kena beli aircond, speaker sendiri, gaming chair dan sebagainya. Nasib baik rumah ni banyak juga bilik, jadi aku boleh pindahkan ruangan jahit aku ke ruang tengah tingkat atas dan bilik satu lagi di tingkat atas aku boleh buat studio aku sendiri dan aku plan nak melukis dekat canvas instead of digital art sahaja. Tapi canvas art ni cuma plan saja sebab depend dengan kelapangan aku juga since aku ni busy memanjang kerja.

Aku teringin sangat nak kerja sendiri, nak jadi boss sendiri sebab bebas dan tak jadi macam hamba kena arah sukahati oleh orang lain. Aku bukan nak memburukan kerja orang makan gaji ni, cuma ada tempat kerja yang okay, ada yang tak okay. Kalau kena yang tak okay, memang muka kena tebal sebab boss atau orang atasan tak berperikemanusian dan sanggup memalukan orang bawahan mereka di depan orang lain selain dapat gaji yang tak seberapa. Aku juga tak kata tempat kerja aku tak okay, atau okay cuma ada masanya aku rasa stress sangat sebab kena deal dengan manusia yang sentiasa nak betul dan manusia yang suka ambil kesempatan. Kalau ada masa senang atau nak happy-happy pun aku tak berapa gembira juga sebab fobia dengan sesuatu yang buruk akan berlaku. 

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...