Skip to main content

Rasa Kosong

Entah kenapa aku rasa malas sangat dan tak bermaya. Walaupun perkara ni bukanlah perkara yang baru berlaku, rasanya makin kepenatan aku pendam lama-lama. Dah beberapa bulan sudah aku tidak melukis, berfikir pula tanpa henti, terngiang-ngiang suara di kepala walaupun tengah pejam mata nak tidur. Aku tak tahu kenapa aku macam ni. 

Kadang-kadang aku berfikir tentang alam semesta, kadang-kadang berfikir tentang dunia dan politik, kadang-kadang berfikir tentang manusia, kadang-kadang berfikir tentang diri sendiri. Sesungguhnya, aku tak tahu apa yang aku inginkan sepanjang masa aku hidup. 

Kerja pun hanya bawa jasad, fokus kerja dan balik seolah-olah perasaan dalam diri ni dah tak ada. Kalau ada pun, bercampur-baur semuanya. Rakan sekerja cuma tinggal rakan sekerja, lama-kelamaan kami bersama, tiada lagi berkongsi cerita keluarga dan hal peribadi seperti kami dahulu-kala. Kalau ada pun, mereka cuma bercerita sesama mereka saja. Mungkin aku lain dari yang lain, kehidupan aku lebih bebas dari mereka, tapi aku tak ikut perkembangan cerita artis-artis dan tidak minat bergosip. Kalau sekalipun kami berbual, aku cuma rasa mereka mahu korek cerita dari aku saja semenjak aku jadi HR dan banyak bergaul dengan staff bahagian retail sahaja. Manakala yang lain pekerja junior hanya diam dan berkumpul sesama mereka. Ada yang bawa kepala sendiri tapi cukup pentingkan diri sendiri sehingga mengambil kesempatan ke atas orang lain yang baik dengan mereka. Aku tahu sebab aku pernah terkena suatu ketika dahulu.

Memang susah nak ditelan kenyataan ini, tak semua manusia baik secara semula jadinya walaupun dibentuk dari keluarga yang baik. Salah satu penyebab kepada sifat manusia aku rasa adalah naluri kelangsungan hidup. Mungkin sebab itu, aku berjumpa dengan manusia yang jahat dengan aku walaupun aku berbuat baik kepada mereka. Ada juga yang tidak pernah berterima kasih malahan di-kritik segala bentuk pertolongan dari aku.

Tidak terhad kepada situasi di office. Diluar juga bergitu. Sampai aku tak ada perasaan ingin keluar berjumpa dengan manusia-manusia. Dirumahlah syurga aku, TV dan game adalah hiburan aku di rumah. Dulu memang rindu nak lepak keluar jumpa kawan-kawan tapi sekarang, berbeza sangat. 

Aku tahu masa makin berjalan kedepan, badan juga dimamah usia tapi aku sudah tidak kuat nak menghadapi drama di dunia ni. 

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...