Skip to main content

Posts

Pengalaman Pertama ke Saratok

Aku rindu nak berjalan-jalan di Saratok. Aku rasa nak pergi kesana dan berjumpa dengan Kak Mal. Bila kami keluar bersama-sama, kami selalu bercerita sampai tak ingat dunia. Kak Mal juga diantara kawan yang aku rasa paling selesa nak bercerita dengan dia pasal segala-galanya sebab dia seorang yang berfikiran terbuka. Apa saja cerita dan pengalaman bodoh aku, dia boleh terima dengan rasa lawak dan bagi nasihat di akhir cerita. Memandangkan Kak Mal seorang yang sangat penyayang dan mementingkan hal kekeluargaan, semua nasihat yang Kak Mal bagi berkait rapat dengan hal ibu bapa. Tapi pada masa yang sama, Kak Mal juga jenis yang gila-gila macam aku. Sekarang ni pun musim Gawai, Kak mal mesti dah di kampung, aku harap dia tak mabuk kena penangan tuak yer.  Gambar diatas adalah masa kami berdua sampai di Saratok. Tempat ni berada di belakang shoplot bakery berdepan dengan Hospital Kerajaan Saratok aka tempat Kak Mal praktikal. Kasihan Kak Mal masa ni sebab penat dan tertidur di ...

Pasaraya Sing Kwong Sibu

Gambar diatas adalah salah satu mall di Sibu Hari ni aku dan keluarga pergi ke Bandar Sibu untuk beli barang keperluan rumah. Aku tersangatlah bosan sampai rasa nak berjalan-jalan jer sehari-hari ni. Hari ni juga, aku rasa malas nak cakap banyak. Aku rasa nak p ost gambar jer banyak-banyak.  

Aku Bukan 100% Feminin

Kadang-kadang aku rasa aku tak sesuai jadi feminin. Rasanya kawan-kawan aku akan terkejut gila kalau tengok aku pakai dress. Tapi, penampilan aku juga bergantung pada situasi. Kalau nak ke kolej, mahu tak mahu kena juga pakai baju kurung, kebaya. Tapi paling selalu pakai seluar dan baju formal saja. Kalau jalan-jalan keluar pun, gaya feminin masih ada cuma lebih kepada pemakaian seluar, dan bukan skirt . Tapi, aku lega sebab kawan-kawan terima aku seadanya walaupun aku mengada-ngada sikit. By the way , aku suka gaya ala-ala tomboy . Smart jer. 

Aku Telah Berubah

Aku tak tahu kenapa, tapi aku sentiasa memikirkan yang aku telah berubah menjadi seseorang yang baru. Sebelum ni, aku seorang yang sangat pendiam masa sekolah rendah dan hanya berkawan dengan perempuan saja bila dah jejak ke sekolah menengah. Aku jenis yang kurang keyakinan diri, selalu fikirkan aku yang salah dan orang lain betul. Penampilan aku dulu pun sangat buruk sampai tiada siapa nak pandang. Kadang-kadang orang lain akan buat muka jijik bila dekat dengan aku.  Beberapa tahun berlalu, bila aku mula sambung belajar di kolej, aku perlahan berubah penampilan menjadi seorang yang lebih baik. Bukan culture shock yer, yang hujung-hujung tak habis belajar balik rumah mak bapak bawa anak dalam perut. Bukan. Aku maksudkan menjadi seseorang yang orang lain pandang bahawa aku sebenarnya wujud, selain dari mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran. Mungkin orang lain tengok aku berubah jadi seksi dan open minded adalah sesuatu perkara yang tidak dapat diterima tapi percayalah,...

Hari Jadi Kawan Baik, Pei Sien

Aku masih ingat masa aku di semester kedua. Aku dan kawan sekelas buat kejutan hari jadi untuk kawan baik aku, Chai Pei Sien. Kejutan tu taklah gembak mana, hanya sekadar kek hari jadi dan juga memori yang berharga. Bila tengok muka Pei Sien gembira masa tu, aku pun gembira juga. Pei Sien adalah kawan yang paling aku sayangi sebab setiap kali aku dalam masalah, dia sentiasa ada menemani aku. Walaupun dia lebih tua 3 tahun, kadang-kadang macam rasa kami se-usia saja. Sekarang kami dah berjauhan sebab dah habis belajar. Aku teringat masa ni, Anne Sia suruh aku simpankan sikit untuk Corina sebab dia bekerja pada masa tu. Memang kenangan sangat. Inilah Pei Sien, rindu dengan dia dan zaman belajar kami sama-sama