Skip to main content

Posts

Camwhore di Mukah

 Hari ni malas nak cakap banyak, aku cuma nak post gambar sahaja ya.

Selamat Hari Gawai Dayak

Walaupun terasa lambat nak ucapkan, aku ucapkan jugalah Selamat Hari Gawai kepada yang menyambut. Semoga kalian gembira sentiasa. Gambar ni adalah dari kawan lelaki aku, masa tu dia ngabang ke rumah saudara-mara dan kawan-kawan dia di Kuching. Mesti mereka sangat bahagia sekarang, tak terbayang betapa meriahnya sambutan tahun ini. Aku pula tak balik kampung mak aku sebab mak aku tak ada cuti untuk Gawai. Jadi aku cuma duduk rumah dan main game sahaja.  

Pengalaman Pertama ke Saratok

Aku rindu nak berjalan-jalan di Saratok. Aku rasa nak pergi kesana dan berjumpa dengan Kak Mal. Bila kami keluar bersama-sama, kami selalu bercerita sampai tak ingat dunia. Kak Mal juga diantara kawan yang aku rasa paling selesa nak bercerita dengan dia pasal segala-galanya sebab dia seorang yang berfikiran terbuka. Apa saja cerita dan pengalaman bodoh aku, dia boleh terima dengan rasa lawak dan bagi nasihat di akhir cerita. Memandangkan Kak Mal seorang yang sangat penyayang dan mementingkan hal kekeluargaan, semua nasihat yang Kak Mal bagi berkait rapat dengan hal ibu bapa. Tapi pada masa yang sama, Kak Mal juga jenis yang gila-gila macam aku. Sekarang ni pun musim Gawai, Kak mal mesti dah di kampung, aku harap dia tak mabuk kena penangan tuak yer.  Gambar diatas adalah masa kami berdua sampai di Saratok. Tempat ni berada di belakang shoplot bakery berdepan dengan Hospital Kerajaan Saratok aka tempat Kak Mal praktikal. Kasihan Kak Mal masa ni sebab penat dan tertidur di ...

Pasaraya Sing Kwong Sibu

Gambar diatas adalah salah satu mall di Sibu Hari ni aku dan keluarga pergi ke Bandar Sibu untuk beli barang keperluan rumah. Aku tersangatlah bosan sampai rasa nak berjalan-jalan jer sehari-hari ni. Hari ni juga, aku rasa malas nak cakap banyak. Aku rasa nak p ost gambar jer banyak-banyak.  

Aku Bukan 100% Feminin

Kadang-kadang aku rasa aku tak sesuai jadi feminin. Rasanya kawan-kawan aku akan terkejut gila kalau tengok aku pakai dress. Tapi, penampilan aku juga bergantung pada situasi. Kalau nak ke kolej, mahu tak mahu kena juga pakai baju kurung, kebaya. Tapi paling selalu pakai seluar dan baju formal saja. Kalau jalan-jalan keluar pun, gaya feminin masih ada cuma lebih kepada pemakaian seluar, dan bukan skirt . Tapi, aku lega sebab kawan-kawan terima aku seadanya walaupun aku mengada-ngada sikit. By the way , aku suka gaya ala-ala tomboy . Smart jer.