Skip to main content

Posts

IC Aku yang Baru

Hari tu adalah kali pertama aku ke JPN, Jabatan Pendaftaran Negara yang bertempat di Simpang Tiga Kuching. Kalau masuk ke JPN, aku rasa macam masuk ke bandar kecil sebab mungkin ada kedai kecil-kecil disana dan fasiliti kerajaan juga agak lengkap. Baru-baru ni juga, aku dan Kak Mal ada berjalan keluar untuk menguruskan banyak perkara seperti hal berkaitan dengan bank, billing dan sebagainya. Aku terasa aku macam tak bersedia pula nak ada kerja, aku rasa risau dan takut untuk ada komitmen. Aku ke JPN sebab aku nak tukar IC aku memandangkan umur pun dah mencecah 21 tahun. IC aku paling last adalah masa aku berumur 12 tahun, umur budak-budak nerd lagi. Mereka cakap aku perlu tunggu dalam satu bulan untuk ambil IC sebenar dan mungkin mereka mengambil masa untuk menyediakan IC baru. Dalam tempoh itu, aku cuma guna kertas bersaiz A4 yang dilipat 2 sebagai IC sementara. IC sekarang dah okay dah bagi aku sebab IC lama aku selalu jadi bahan ejekan orang ramai. Bak kata mereka IC "S...

Mencari Peluang Pekerjaan

Mungkin dalam masa terdekat ni aku akan pindah ke Batu 4 Kuching untuk bekerja, tapi itu cuma plan sahaja sebab aku sendiri pun belum confirm . Nak cari kerja ni agak susah sikit, walaupun kerja biasa. So , aku dah isi macam-macam borang vacancy , sekarang cuma nak tunggu kena panggil untuk interview jer. Itupun kalau dapat. Boulevard adalah salah satu tempat yang aku plan nak kerja memandangkan tidaklah terlalu jauh kalau nak ke bandar Kuching. Kalau sekalipun tak ada transport , kami boleh saja memakai bas untuk kemana-mana. Selain dari mall ni pun, aku boleh fokus cari kerja di sekitar sini sebab aku rasa peluang kerja di sini lebih banyak berbanding di tempat lain.  Aku tengah menunggu Kak Mal mencuba kasut-kasut

Konvokesyen Diploma Aku Sudah Berakhir

Sepatutnya aku ada turut serta untuk konvokesyen diploma kami di Shah Alam dengan kawan-kawan sekelas aku pada 22 July yang lepas. Tambahan pula, ayah aku tak benarkan aku ke semenanjung berseorangan sebab risau terjadi apa-apa dan mereka susah nak tolong. Aku okay sahaja dengan keputusan mereka sebab aku pun memang tak ada rasa nak pergi. Tapi pada masa yang sama, aku ada sedikit cemburu bila tengok kawan-kawan aku post gambar mereka konvokesyen di Facebook . Minggu ni tadi, Pei Sien ada datang ke rumah sewa aku dan dia tunjukkan gambar-gambar mereka semasa mereka konvo dan bercuti di Kuala Lumpur, mereka sempat berjalan ke KLCC, Genting Highland dan mana-mana saja tempat menarik. Kawan-kawan aku semua cantik-cantik dekat sana. Aku juga sempat tengok crush aku bergambar bersama-sama dengan kawan aku. Betapa aku rindukan crush aku sangat-sangat. Part paling menyentuh perasaan ialah, semua kawan-kawan aku cari aku masa konvo time tu, sebab mereka ingat aku ada join sekali ...

Handphone Baru Nokia X6

Aku tak tahu kenapa aku begitu malas sekali nak pergi online baru-baru ni. Blog ni pun aku lama dah lama tak update. Mungkin sebab aku tak ada perasaan nak berkongsikan sesuatu kot sebelum ini. Sekarang ni pun tengah fokus main game saja. Minggu lepas, handphone Sony Ericsson aku rosak secara tiba-tiba. Aku tak dapat buka mesej dan ia stuck macam tu. Mungkin sebab masalah software dalam handphone tu kot. So, now aku cuba handphone brand lain. Nokia X6.  Tapi aku tak cakap handphone Sony tak bagus. Mungkin sebab aku cuai dalam penggunaan handphone atau bukan nasib aku kot nak pakai lama. Lagipun brand Sony ni agak disegani juga dari segi kualiti dan pembuatan. Cuma, kali ini aku nak rasa perubahan yang lain. Handphone Nokia X6 ni adalah handphone keluaran terbaru jenama mereka. Handphone ini juga salah satu handphone pertama yang boleh touch screen . Perkara yang bagus pasal jenama ni juga adalah barang mereka boleh pakai lama.

Berhati-hati Berkongsi Maklumat Dengan Orang Lain

Setiap daripada kita mesti berpengalaman dalam berkongsi sesuatu ilmu atau bercerita dengan seseorang. Macam berkongsi ilmu pengetahuan, bak kata cikgu aku, makin banyak kita mengajar, makin banyak yang kita dapat. Bahkan kita pun kadang-kadang mengambil ilmu dari orang lain juga. Tapi, bagaimana sekiranya ilmu dan pengetahuan yang kita beri tidak dihargai malahan digunakan oleh mereka untuk menentang kita? Aku juga pernah mengalami hal yang sedemikian. Aku ikhlas berkongsi sesuatu dengan mereka, bahkan tidak kedekut berkongsi semua dengan mereka. Tapi di akhir cerita, aku dilayan dengan teruk apabila mereka berlagak sombong didepan aku. Lupakah mereka bahawa orang yang tolong mereka dulu adalah aku? Nampak sangat mereka cuma cari aku dan jadi baik bila mereka perlukan aku sahaja. Tapi tak apalah, kali ini saja. Aku belajar dari kesilapan aku kerana terlalu mempercayai orang dari naluri aku sendiri. Lepas ini, aku tidak akan berkongsi maklumat sebarangan dengan orang lain....