Skip to main content

Posts

Damai Santubong Bersama Rakan

Minggu lepas, tanpa plan yang dirancang, kawan aku tiba-tiba contact aku ajak lepak dekat Pantai Damai Santubong sebab diorang tak tahu jalan pergi sana. Diorang cakap diorang perlukan seseorang yang boleh  guide mereka ke sana so aku pun ambillah peluang tu untuk mencari kedamaian dan keseronokkan di pantai. Aku ingat lagi masa tu, aku kena demam panas, selesema, batuk dan juga sakit tekak tapi aku masih gigih keluar bagaikan orang yang dah sihat.

Semenggoh Wildlife Bersama Rakan

Dulu, aku pernah tak ambil peduli pun pasal area Padawan sebab aku ingat Pawadan ni tak ada tempat yang menarik tapi aku sebenarnya silap. Dalam selalu melimpas sign board Padawan di Batu 10 Kuching, aku baru tersedar Padawan adalah salah satu tempat yang paling cantik di Kuching dan ada banyak tempat yang boleh dilawati macam Annah Rais Hotspring , Borneo Highland dan sebagainya. Kali ni, aku dan kawan-kawan telah bercadang untuk melawat Semenggoh Wildlife . Kalau ditakdirkan ada duit lebih nanti, Borneo Highland adalah destinasi kesukaan yang seterusnya. Apa yang menarik di Semenggoh Widlife ni adalah sebuah tempat yang kaya dengan flora dan fauna serta pusat jagaan dan pemuliharaan Orang Utan. Ramai yang nak datang ke Semenggoh ni pun sebab nak tengok Orang Utan jer sebenarnya. Salah satu Orang Utan di Semenggoh Masa ni kami dah berpanas dan badan aku basah lencun sebab peluh berlebihan Kalau nak tahu, area Padawan ni juga terletak di antara Kuching dan Serian dan sangat dek...

K11, Pusat Karaoke Paling Best di Kuching

Memandangkan minggu ni adalah minggu sepatutnya kami belajar sebelum ujian bermula, aku dan kawan-kawan dah merancang nak pergi karaoke untuk buang segala mak datuk stress dan enjoy sebanyak yang mungkin sebelum mati dalam peperangan ujian akan datang. Sebenarnya, sebelum ni aku pernah pergi ke pusat karaoke di tempat lain tapi harganya ya ampun mahal nak mampus dan sangat tak berbaloi sebab mereka tetapkan harga berdasarkan per hour dan bukan per room. Sehinggalah kami cuba karaoke di K11. Bak kata, sekali cuba nak lagi. Harga pula sangat berpatutan lebih kurang RM40 selama 6 jam dalam satu bilik dan percuma 2 minuman! Selalunya aku dan kawan-kawan pergi dalam ber-empat atau ber-enam untuk satu bilik. Aku ada ujian TMX esok dan masih boleh berpesta

Aku Join Pertandingan Ala-ala Kumang Gawai

Aku ingat aku dah post at least satu entri dalam dalam bulan ni tapi bila aku pergi cek balik, rupa-rupanya aku belum post apa-apa pun baru-baru ni. Aku pun dah jadi mak cik babo dah. Aku taklah sibuk sangat sebenarnya, cuma aku rasa malas nak pergi online . Tak lama lagi, perayaan Gawai pun nak menjelang tiba. Pada masa yang sama aku masih ada seminggu sebelum cuti dan study week . Bertuahlah orang yang boleh balik rumah untuk cuti perayaan lagi-lagi rumah dekat Samarahan dan Kuching. Aku pula susah sangat nak balik atas faktor nak jimat duit dan guna masa yang ada untuk belajar sebelum pergi berperang. Kira okay lah tu terpaksa berkorban, nanti kena cakap dengan orang pula aku jadi bodoh sebab tak belajar. Baru-baru ni aku ada join aktiviti universiti since tak boleh nak fokus dengan study 24 jam. Demi merit, aku terpaksa masuk pertandingan ala-ala Kumang Gawai. Aktiviti tu kalau tak silap dipanggil sebagai Pertandingan Ratu Etnik yang dijalankan di kolej Allamanda, jira...

Gambar Paling Comel

Aku sebenarnya berasa malu dengan gambar ni sebab aku kategorikan gambar ni jenis gambar tak jadi. Tapi bila diperhatikan balik, aku rasa comel pula gambar ni, siap ada photobomb lagi. Walaupun dengan muka tak ready, aku rasa peristiwa disebalik gambar ni indah sangat terutamanya dengan kawan-kawan dan keluarga angkat.