Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

Pengalaman Pertama ke Saratok

Aku rindu nak berjalan-jalan di Saratok. Aku rasa nak pergi kesana dan berjumpa dengan Kak Mal. Bila kami keluar bersama-sama, kami selalu bercerita sampai tak ingat dunia. Kak Mal juga diantara kawan yang aku rasa paling selesa nak bercerita dengan dia pasal segala-galanya sebab dia seorang yang berfikiran terbuka. Apa saja cerita dan pengalaman bodoh aku, dia boleh terima dengan rasa lawak dan bagi nasihat di akhir cerita. Memandangkan Kak Mal seorang yang sangat penyayang dan mementingkan hal kekeluargaan, semua nasihat yang Kak Mal bagi berkait rapat dengan hal ibu bapa. Tapi pada masa yang sama, Kak Mal juga jenis yang gila-gila macam aku. Sekarang ni pun musim Gawai, Kak mal mesti dah di kampung, aku harap dia tak mabuk kena penangan tuak yer.  Gambar diatas adalah masa kami berdua sampai di Saratok. Tempat ni berada di belakang shoplot bakery berdepan dengan Hospital Kerajaan Saratok aka tempat Kak Mal praktikal. Kasihan Kak Mal masa ni sebab penat dan tertidur di ...

Pasaraya Sing Kwong Sibu

Gambar diatas adalah salah satu mall di Sibu Hari ni aku dan keluarga pergi ke Bandar Sibu untuk beli barang keperluan rumah. Aku tersangatlah bosan sampai rasa nak berjalan-jalan jer sehari-hari ni. Hari ni juga, aku rasa malas nak cakap banyak. Aku rasa nak p ost gambar jer banyak-banyak.  

Aku Bukan 100% Feminin

Kadang-kadang aku rasa aku tak sesuai jadi feminin. Rasanya kawan-kawan aku akan terkejut gila kalau tengok aku pakai dress. Tapi, penampilan aku juga bergantung pada situasi. Kalau nak ke kolej, mahu tak mahu kena juga pakai baju kurung, kebaya. Tapi paling selalu pakai seluar dan baju formal saja. Kalau jalan-jalan keluar pun, gaya feminin masih ada cuma lebih kepada pemakaian seluar, dan bukan skirt . Tapi, aku lega sebab kawan-kawan terima aku seadanya walaupun aku mengada-ngada sikit. By the way , aku suka gaya ala-ala tomboy . Smart jer. 

Aku Telah Berubah

Aku tak tahu kenapa, tapi aku sentiasa memikirkan yang aku telah berubah menjadi seseorang yang baru. Sebelum ni, aku seorang yang sangat pendiam masa sekolah rendah dan hanya berkawan dengan perempuan saja bila dah jejak ke sekolah menengah. Aku jenis yang kurang keyakinan diri, selalu fikirkan aku yang salah dan orang lain betul. Penampilan aku dulu pun sangat buruk sampai tiada siapa nak pandang. Kadang-kadang orang lain akan buat muka jijik bila dekat dengan aku.  Beberapa tahun berlalu, bila aku mula sambung belajar di kolej, aku perlahan berubah penampilan menjadi seorang yang lebih baik. Bukan culture shock yer, yang hujung-hujung tak habis belajar balik rumah mak bapak bawa anak dalam perut. Bukan. Aku maksudkan menjadi seseorang yang orang lain pandang bahawa aku sebenarnya wujud, selain dari mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran. Mungkin orang lain tengok aku berubah jadi seksi dan open minded adalah sesuatu perkara yang tidak dapat diterima tapi percayalah,...

Hari Jadi Kawan Baik, Pei Sien

Aku masih ingat masa aku di semester kedua. Aku dan kawan sekelas buat kejutan hari jadi untuk kawan baik aku, Chai Pei Sien. Kejutan tu taklah gembak mana, hanya sekadar kek hari jadi dan juga memori yang berharga. Bila tengok muka Pei Sien gembira masa tu, aku pun gembira juga. Pei Sien adalah kawan yang paling aku sayangi sebab setiap kali aku dalam masalah, dia sentiasa ada menemani aku. Walaupun dia lebih tua 3 tahun, kadang-kadang macam rasa kami se-usia saja. Sekarang kami dah berjauhan sebab dah habis belajar. Aku teringat masa ni, Anne Sia suruh aku simpankan sikit untuk Corina sebab dia bekerja pada masa tu. Memang kenangan sangat. Inilah Pei Sien, rindu dengan dia dan zaman belajar kami sama-sama

Anugerah Dekan

Pastinya kita akan berasa sangat gembira bila terpilih dalam senarai anugerah dekan untuk semester yang lepas, tidak terkecuali juga aku. Inilah pertama kali dalam sejarah aku dapat gelaran ni, selepas diumumkan oleh Miss Efida iaitu ketua tutor untuk program kami. Bayangkan rasa sangat gembira tu sampai aku call ayah aku pada malam selepas kejadian. Ini adalah kawan aku paling rapat dalam kelas, dan juga pelajar paling pandai dalam kumpulan kami Walaupun aku sebenarnya banyak bermain dari belajar, aku rasa lega sebab keputusan pelajaran aku tak pernah terlalu mengecewakan. Aku juga berharap aku dapat habiskan belajar dengan jayanya tanpa sebarang masalah.  

Pantai Mukah

Mukah merupakan salah satu tempat tinggal aku selain di Sibu. Daerah Mukah juga kebanyakkannya terdiri daripada bangsa Melanau tidak kira apa agama mereka. Bab yang paling best pasal Mukah ni ialah makanan tradisional mereka seperti sagu dan umai. Kalau aku balik bercuti di Mukah, ayah aku memang akan bawa kami berjalan-jalan di pantai Mukah yang juga merupakan tempat mencari rezeki sampingan keluarga aku. Gambar diatas adalah semua adik-adik aku

Lorong Singkat Perumahan BDC

Sesungguhnya aku rindu sangat kenangan-kenangan aku menggunakan lorong ni Begitu banyak cerita yang aku alami sepanjang masa aku di BDC, terutamanya di lorong ni. Lorong ni jugalah satu-satunya jalan singkat kami untuk ke kolej setiap hari, tak sampai 10 minit dari rumah sewa. Tak sia-sia juga aku berkeras nak pindah masa tu. Di lorong ni saja sudah banyak peristiwa yang berlaku. Kak Mal jumpa duit pun pernah, Pamella kena kejar anjing pun disini juga. Ada juga yang pernah kena rompak, dan macam-macam lagi. Mungkin orang lain tengok lorong ni biasa-biasa jer tapi bagi aku, ianya salah satu memori yang terlalu berharga. 

Air Terjun Kubah Matang

Ini adalah kisah lama yang aku nak kongsikan. Masa ni aku dah semester ketiga, untuk menghabiskan sisa-sisa baki persekolahan kami, aku dan housemate aku 3 orang bercadang nak pergi ke Air Terjun Kubah Matang. So, kami 4 orang menuju ke Matang selama lebih kurang 1 jam dari BDC. Setibanya kami disini, kami pun bayar tiket masuk dan terus berjalan masuk mencari tempat mandi dan lepak yang sesuai. Memandangkan ini adalah kali pertama aku ke sini, gambar pun ada ciri-ciri jakun sedikit Memandangkan aku tak bawa pakaian lebih untuk mandi, terpaksalah jadi pemerhati. Tangan diatas adalah tangan aku beberapa hari selepas diinai oleh housemate Dua orang housemate aku yang sedang bermandi-manda, almaklumlah lepas hujan, air pun mencurah-curah ke bawah sungai Terima kasih aku ucapkan kepada salah seorang housemate aku sebab dia yang jadi driver kepada kami sepanjang masa perjalanan kami. Tempat ni yang sangat cantik untuk lepak bersama-sama kawan dan keluarga. Aku harap suatu hari nanti ak...