Skip to main content

Isu Berkaitan Agama

Makin banyak aku kenal orang baru dan sikap mereka kepada aku, makin banyak perkara baru yang aku tahu yang langsung tidak pernah aku jangka akan berlaku. Mengenang kembali sewaktu aku praktikal beberapa minggu yang lalu, benda yang paling menarik yang sukar aku lupakan adalah bila aku mengadakan perbincangan terbuka dengan pelajar dari UIA (International Islamic University). Bila kami bertiga berbincang antara satu sama lain, aku dapat lihat dunia aku dan mereka sangat jauh berbeza. Hidup mereka semestinya berkisar tentang perkara berkaitan Islam seperti mahzab, dan cabang Syiah, Wahabi dan lain-lain aku cuma dengar mereka bercerita dan aku tak nak judge. 

Manakala jika dibandingkan dengan hidup aku kebanyakkannya berkaitan dengan semua benda secara kasar yang orang akan ingat aku seperti cetek ilmu tapi aku juga tahu perkara halus yang selalu disembunyikan oleh masyarakat bak kata dark secret knowledge. Korang juga tahu aku jenis yang tidak religious, so kalau benda yang aku tak tahu aku akan cuba elak dari berkata lebih atau jadi penauk bak kata Sarawakian. Aku juga tak suka kalau-kalau ada idea aku yang melukakan hati orang lain dan seboleh-bolehnya aku akan beri pendapat bergantung dengan siapa aku mengulas topik pada masa itu. Orang selalu cakap aku jenis yang sangat open minded (bukan open minded bab seks ya) sebab aku tak mudah menyangkal idea orang. Maybe sebab tu ramai yang selesa meluahkan isi hati mereka kepada aku. 

Korang pun tahukan topik sebelum ni aku pernah cerita pasal Dr Melisa kan? Perempuan yang selalu jadi bualan semua orang termasuk orang baru dan lama di sebuah hospital yang pernah aku jalani praktikal. Rata-rata ramai juga yang bercerita pasal dia convert kepada agama Islam dan seluruh keluarganya membantah terutama ayah dia sampaikan mereka buat "sesuatu" kepada dia sampai dia jadi tak betul. Hujung-hujung aku pun cakap entahlah, sebab aku tak pasti kesahihan cerita tersebut. Apa-apa yang berlaku pada dia, aku rasa kasihan. Kalau betul sebab agama, memang itu adalah satu tindakan yang melampaui batas sebenarnya. 

Aku juga ingat satu cerita yang berlaku kepada teman lelaki kepada sepupu kawan aku. Sebelum dia berhijrah balik ke Kuching Sarawak, dia pernah kahwin dengan seorang wanita dari Semenanjung Malaysia dan tinggal di sana. Lelaki ni berbangsa Bidayuh Bau dan kerja di Semenanjung ikut isteri dia sampailah satu masa mereka berdua bercerai sebab perempuan tu kahwin dengan lelaki lain. Aku kasihan dengan anak perempuan mereka sebab kecil-kecil lagi mak dia dah gatal nak lelaki lain. Keluarga sebelah perempuan pun maybe sebab dengar hasutan dari anak mereka, mereka sanggup halau lelaki tu serta cucu mereka balik ke Sarawak. Lelaki tu terlalu kecewa, tapi dia terpaksa teruskan juga hidup dan nasib baik keluarga dia sendiri terima dia balik dekat sini. Anak dia sampai malu sebab dilahirkan dalam Islam dan sering jadi ejekan dekat sekolah sebab kena paksa pakai tudung. Sekarang ni, lelaki tu dah ber-couple dengan sepupu kawan aku dan akan berkahwin tidak lama lagi. Aku juga dengar lelaki dan anak perempuan dia tengah plan nak convert balik ke agama Kristian, aku tak kisah asalkan mereka bahagia. Apa guna hidup kalau kepercayaan pun mahu dipaksa-paksa. 

Aku tahu memang akan ada orang tidak bersetuju dengan pilihan hidup orang lain, tapi siapa kita untuk hakimi cara hidup mereka. Kita tak pernah berada di dalam kasut yang mereka pijak terutamanya keperitan dan kesusahan yang mereka alami. Setiap kali aku tengok orang hidup susah dan kehidupan itu menyebabkan mereka membuat keputusan yang kita mungkin tidak akan setuju, aku akan tengok cermin, aku tengok diri sendiri. Aku tak buat apa-apa pun untuk mereka tapi mulut pula nak bercakap lebih sebab hati kita gelap. Baik tak payah. 

p/s Kalau nak tolong pun tak perlulah bersyarat. Hati biar ikhlas.

Comments

Popular posts from this blog

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Entri Pertama untuk .Wordpress

Salam perkenalan buat pertama kali aku memulakan blog dan entri baru selepas lebih 10 tahun aku ber-blog di .Blogspot . Kini, terasa ingin pula berpindah ke .Wordpress dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berperang dengan kesibukan kerja ditambah kepenatan selepas bekerja. Entri-entri dekat blog lama semua aku dah hide -kan walaupun banyak entri yang aku sayang sangat dekat situ, tapi yang lepas biarlah lepas. Mungkin percubaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Gambar adalah blog lama aku, diambil baru sebentar tadi. FYI , aku tak delete blog ni, aku cuma hide -kan jer Kalau nak diikutkan, blog-blog ni bukan lagi trendin g di zaman sekarang. Budak-budak sekarang lebih suka ber- TikTok dan ber- Instagram (sebelum ni famous Wechat ). Tapi ada dua benda yang masih kekal dari dulu sampai sekarang, iaitu Facebook dan Youtube . Kadang-kadang kalau ada netizen yang mahu bercerita pasal sesuatu, mereka lebih suka menggunakan Facebook sebagai medium utama mereka. Mungkin lebih ...

Benci Tanpa Sebab Sebenarnya Ada Rasa Dengki

Kadang-kadang, kita tak terjangka akan berjumpa dengan orang yang jahat dengan kita. Malahan ada sesetengah manusia yang kita kenal mereka dengan baik, tapi berubah menjadi musuh tanpa sebab yang jelas. Tak kiralah, ahli keluarga sendiri , jiran tetangga, rakan sekerja, kawan biasa dan sebagainya. Aku syak ini mesti perasaan iri hati yang buat golongan mereka ni membenci orang yang tidak bersalah. Mana kan tidak, kalau betul-betul orang yang baik, tak mungkin ada masalah, even jika ada berlaku kesilapan sekalipun, mereka akan berterus-terang dan cari jalan penyelesaian terbaik buat bersama. Ada orang terpaksa mengalah hanya tidak mahu jadi menyebab timbulnya rasa iri hati pada manusia lain. Selain dari berpenampilan low profile , ada juga yang terpaksa sembunyi-sembunyi jika ada benda baru yang mereka dapat, atau baru beli, atau berkahwin atau mempunyai cahaya mata. Kalau tidak, bersiap sedialah kita untuk difitnah dan dibenci oleh orang sekeliling yang dengki. Apa sahaja yang kita bu...