Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Bukan Senang Berfikir Secara Positif

Nak tahu apa perkara paling senang dibuat? Mestilah "bercakap".. Kita bercakap memang sangat senang, tak perlu tengok kiri kanan pun tak apa. Aku suka buat benda, berbincang atau berfikir secara positif tapi benda tu tak semudah mana yang kita war-warkan dihadapan orang ramai ataupun di Facebook . Salah satu rahsia keep positive ialah jadi seorang yang low profile . Bila kita kononnya jadi popular , kita semestinya dikenali dan makin ramai yang membenci kita sama ada bersebab atau tidak. Sebagai manusia yang ada perasaan, setakat mana kita tidak mempedulikan orang disekililing kita. Pasti juga akan terfikir pasal ni, lepas tu stress sendiri. Time ni sanggup keluar ke pantai Sematan emata-mata nak buang stress jauh-jauh ke laut Sekuat mana kita nak berfikir secara positive , sekuat tu juga tentangannya. Kita sebenarnya cakap-cakap macam tu sebab nak comfort atau nak tenangkan diri sendiri supaya terus berada di zon selesa. Rahsia kedua ialah orang disekeliling kita. Mood ...

Tidak Yakin Dengan Penampilan Diri

Memang selalu terjadi bila aku nak berfesyen keluar rumah. Sebabnya, kalau hari biasa atau waktu kelas, aku selalunya keep on low profile . Pakaian boleh dikatakan simple setakat jean dan t-shirt . Kadang-kadang rasa juga nak berfesyen kalau nak jalan-jalan. Tapi itulah kan, aku ni jenis yang tak yakin dengan penampilan diri aku. Tiap kali keluar, walaupun berfesyen (bukan fesyen pakai sexy ), mesti rasa ada yang tak kena apatah lagi di tempat yang ramai orang. Bila tengok orang kiri kanan tengok aku, rasa pelik semacam. Seriously , aku tak pernah imagine benda yang elok dalam fikiran orang yang tengok aku bila aku keluar pergi mall ker atau jalan-jalan. Dalam otak aku, mesti diorang mengumpat, tak pun diaorang akan fikir "eh, gemuknya perempuan tu!" or " Yuck , style apa tu, pakaian ketinggalan zaman.." Bukan nak jadi gediklah, cuma itulah reality bila aku rasa macam berfesyen tak jadi.  Problem aku sekarang ni, aku takut nak pakai pakaian yang nampak diri ak...

Sosial Hidup Zaman Sekolah Menengah

Dari zaman aku sekolah dulu sampailah sekarang, aku memang dah banyak berubah. Bukan setakat dalaman dan fizikal atau attitude , malahan cara penampilan juga sangat ketara perubahannya. Bagi kawan-kawan sekolah lama aku, mungkin diorang rasa perubahan macam tu adalah perubahan yang tak elok tapi bagi aku sebaliknya. Terus-terang aku bagitahu aku benci diri aku yang dulu, sebab tu aku terus perbaiki dan perbaiki untuk jadi yang lebih baik sekarang. Aku masih ingat, time paling banyak orang tak dapat mengenali diri sebenar aku adalah start aku pindah ke Mukah. Masa tu, cara aku tak ngam dengan kebanyakan orang disana dan masa tu juga aku cepat terpengaruh dengan kawan-kawan (tak semua) dan suka bercakap buruk pasal orang lain sebab aku rasa diri aku lebih baik kononnya. Ada kawan yang rapat tapi selalu meninggi diri dengan kekayaan dan kecantikkan diorang. Rasa macam kesunyian saja sebab sangat tak serasi walaupun dikelilingi oleh banyak kawan. Bayangkan 3 tahun aku menderita di s...

Berbeza Pendapat

Aku teringat movie lakonan oleh Johnny Depp dengan Angelina Jolie.. Johnny Depp punya quote masa tu " Different is good.. ". Rasa tersentuh pula aku sebab sejak aku di bangku sekolah lagi aku memang berbeza dari orang lain. Kawan-kawan rapat selalu cakap aku ni pelik dan bagi mereka apa yang aku buat memang melawakkan. Seriously , aku tak terasa pun. Aku suka jadi lain dari yang lain. Asalkan perkataan "yang lain" bukanlah bermaksud perangai macam tak betul atau tak senonoh. Tapi risiko jadi berbeza ni, kita selalu rasa tersisih dan keseorangan. Sebab utama ialah tak berapa ngam dengan orang di sekitar kita. Aku pernah rasa semua tu, once aku rasa pendapat aku berbeza dari orang lain atau perangai orang tu dah tak ngam dengan aku, aku cuba elak nak bersama dengan orang tu. Bukan sebab sombong, nanti dibiar lama-lama, masing-masing boleh bermasam muka dan bergaduh. Itu yang aku cuba elakkan. Tapi, semakin besar semakin matang. Aku dapat kawal mulut dari terlalu la...