Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Permulaan Kisah Cinta Aku yang Sebenar

Sebenarnya, aku nak cerita satu kisah pelik pasal diri aku yang dulu. Aku pun tak tahu kenapa aku macam tu, ianya semula jadi datang tanpa dipinta. Kisah ni aku tak pernah bagitahu dengan sesiapa pun sebab tak semua masyarakat kita suka benda ni terjadi. Seperti mana yang diketahui, aku mula ada boyfriend masa umur aku 20/21 tahun. Sebelum ni aku fobia dengan kaum lelaki sebab tak pernah bergaul dengan mereka melainkan ahli keluarga aku sendiri. Masa aku sekolah menengah dulu, semua kawan-kawan aku adalah perempuan sampaikan aku ada seorang kawan perempuan yang aku rasa istimewa dalam hidup aku. Tapi ianya tidak berkekalan disebabkan attitude dia sendiri membuatkan aku berfikir buruk pasal dia. Dia seorang yang lemah lembut, banyak lelaki sukakan dia, tapi bila aku dah mula rapat dengan dia, perangai dia berubah dan cepat marah. Orang disekeliling kami nampak keadaan dia yang suka marah aku membuta tuli dan membuat aku seperti kuli tapi mereka memilih untuk butakan mata dan peka...

Aku yang Chubby

Zaman sekarang, perempuan lebih sukakan bentuk badan yang extreme . Badan kurus tetap jadi idaman tapi saiz boobs dan punggung kena besar. Aku suka juga bentuk badan macam tu cuma saiz punggung dan boobs aku macam tak cun. Haha. Bagi aku, jadi kurus ni bukannya teruk sangat, cuma ada sesetengah orang ni selalu merendahkan atau mengejek bentuk badan kurus macam tulang dan sebagainya. Itulah kata-kata orang cemburu. Sentiasa saja ada tak kena. Tak semestinya orang gemuk sahaja yang kena kecam. Bentuk badan kurus ni seronok sebenarnya, kita tak perlu risau nak pilih pakaian. Confirm muat. Longgar atau tak, itu belakang cerita. Berbanding dengan badan macam aku atau yang lebih besar dari aku, semua nak kena ambil kira sebab kalau salah pakai, memang terkeluarlah segala lemak di perut, lengan dan sebagainya. Perkara paling lawak pasal badan aku ni, aku tak nampak berisi sangat bila di depan menghadap aku, korang akan tengok badan aku berisi dari sisi badan aku. Bak kata aku, badan aku ni...

Tahun Baru 2015 yang Liar Kononnya

Memandangkan aku tinggal beberapa hari di Kota Samarahan dengan kawan aku masa hari Krismas dan sambutan tahun baru, aku ingin hari-hari aku diisi dengan pelbagai jenis aktiviti. Sebelum ni, aku sangat tertekan dengan pelajaran aku ditambah pula bila kena berhadapan dengan orang yang tak faham dengan situasi aku sampai tak boleh nak consider dengan perasaan aku. Bukan aku sahaja yang kena, kawan aku juga menghadapi masalah yang sama malahan aku rasa lebih teruk dari aku. Aku tak ada rasa nak update blog sebab mood aku tak baik masa tu. Aku sangat tertekan sampaikan aku rasa aku dah tak perduli dengan hal-hal UNIMAS. Aku rasa aku nak berhenti UNIMAS sebab aku benci dengan sesetengah orang di UNIMAS yang ada jahat dan merendahkan aku hanya kerana merasa diri mereka pandai. Nasib baik aku masih ada kawan-kawan disekeliling aku walaupun mereka tak tahu apa yang aku alami. At least bila dengan mereka, aku tak rasa nak cederakan diri sendiri. Study week aku kali ni penuh dengan akti...