Sejak dari sekolah, kita memang telah diajar untuk berbahas atau berdebat untuk sesuatu perkara. Begitu juga dengan sampai sekarang bila bidang-bidang pekerjaan yang melibatkan soal berdebat seperti di dalam bidang politik dan sewaktu dengannya. Berdebat ni bagi aku adalah suatu aktiviti "berlawan idea tak kira secara percakapan atau penulisan" secara sihat daripada berlawan menggunakan fizikal. Namun begitu, terdapat juga banyak keburukkan selain kita menganggap ia sesuatu perkara yang baik. Dicedok dari Google Image Bila bercakap pasal keburukkan, aku rasa mesti ramai yang tertanya kenapa dengan hanya berdebat boleh mendorong kepada perkara yang buruk? Aku adalah salah seorang yang tidak suka dengan aktiviti berdebat tapi aku jenis yang lebih suka dengan perkara yang boleh dikongsikan bersama seperti berkongsi idea dan pendapat. Bila sebut pasal berdebat, automatik aku akan anggap orang yang bercakap dengan nada yang halus dan sopan tapi sebenarnya kasar dan melukakan hati...
Seorang yang berusaha keras menjalani kehidupan yang sederhana, berhempas pulas melarikan diri dari rasa kekosongan