Tajuk diatas merupakan satu fenomena yang biasa berlaku dalam sebuah kekeluargaan. Family mana yang tak ada masalah, kemana-mana tempat pastinya ada saudara mara yang sampai bila-bila tak akan sukakan kita. Cuma kali ni, aku lebih suka sentuh bab isteri dan ibu sebab ianya melibatkan hanya seorang lelaki tapi memegang dua gelaran, iaitu anak lelaki dan juga suami. Seringkali masyarakat selalu menyalahkan menantu jahatlah, mak mertua macam celakalah tapi jarang sebut tanggungjawab suami, yang merupakan punca sebenar masalah tersebut. Hubungan kekeluargaan antara menantu dan ibu mertua adalah dihubungkan oleh suami namun suami seringkali lepas tangan dengan beralasan sibuk bekerja dan sebagainya. Apatah lagi bila tinggal bersama dalam satu keluarga besar. Bila masalah sebegini berlaku, lelaki atau suami perlu memainkan peranan mereka dan bukannya memburukkan lagi keadaan. Seperti yang orang ni menyebut " Ibu lebih penting dari isteri, suami lebih penting dari keluarga iste...
Seorang yang berusaha keras menjalani kehidupan yang sederhana, berhempas pulas melarikan diri dari rasa kekosongan