Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Coretan Sebagai Alumni UNIMAS

First aku nak ucapkan selamat hari konvokesyen kepada semua pelajar yang telah berjaya menghabiskan pelajaran mereka di mana-mana universiti khususnya di UNIMAS. Selamat menjadi alumni UNIMAS buat aku juga, cuma yang bezanya antara aku dengan yang lain ialah aku tak datang meraikan hari konvokesyen aku. Aku tak tahu berapa ramai lagi macam aku ni sampai staff dekat kaunter UNIMAS pun tanya kenapa tak datang konvo. Memang aku ada hati nak pergi konvokesyen aku. Pakai jubah dan topi segi empat, bergambar dengan mak dan ayah. Auw, dah imagine dah.. Indah sangat tapi tak apalah. Mimpi tu biarlah kekal sebagai mimpi. Nak datang konvokesyen ni bukan murah seringgit dua pun. Aku yang tak datang konvo kena bayar rm100, yang pergi konvo bayar dalam rm160. Walaupun ramai yang anggap setakat rm60 tu apalah sangat. Well , bagi aku itu dah cukup buat mak dan ayah aku terpaksa ikat perut seminggu. Belum lagi dengan kos tempat penginapan, makan minum, transport since family aku duduk ja...

Aku Bukan Gadis FANCY

Memang lumrahnya perempuan sangat suka pada kecantikkan dan barang-barang perhiasan tapi tak semuanya bernasib baik untuk memiliki apa yang mereka mahu. Semua tu, hot stuff dan maintenance untuk kecantikkan diri memang banyak perlukan duit. Tidak terkecuali aku. Kalau bab kecantikkan dalaman, aku memang terpaksa pentingkan dulu. Tapi bila bab-bab barang kemas, baju cantik, kasut tinggi, makeup , dan sebagainya, aku kadang-kadang tak kisah. Kalau ada, baguslah. kalau tak ada, apa boleh buat. Kadang-kadang keluar rumah selamber badak tak pakai apa-apa dekat kulit muka kecuali sedikit toner , pelembap muka atau UV sunblock . Kalau bab pakaian, akulah antara perempuan yang balik-balik pakai baju yang sama. Aku tak ada kasut-kasut yang mahal-mahal macam kawan-kawan aku dulu sampai setiap kasut dia sama warna baju dia (korang bayangkan kasut dia ada berapa). Aku punya wallet macam orang dah ketinggalan zaman, murah dan tengah-tengah tempat letak duit tu koyak rabak sekarang ni. Sampaikan a...