Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Kehidupan Umur Hujung 20an

Hari tu masa di tempat kerja, ada saleslady datang ke office kami dan berjumpa dengan aku, Masa tu kami berbual panjang pasal topik luar, entah kenapa pula kami beralih ke topik umur masing-masing. Dia tengok muka aku dan cakap umur aku macam orang baru nak masuk 20an. Tiba-tiba aku rasa gembira sebab perasan diri masih muda padahal umur dah nak mencecah 30 dalam masa 3 tahun. Aku juga pernah mengalami satu kejadian di mana aku dan partner aku makan diluar dan kami didatangi oleh seorang perempuan berumur 50an nak buat promosi pasal parti politik mereka. Aku dengan selamba nya cakap dekat dia yang umur aku belum masuk 21 tahun hanya kerana aku tak nak dengar dia berleter. Lepas tu dia pun percaya dan berlalu mencari mangsa lain. Mak aku pula selalu suruh aku sambung belajar lagi sebab dia rasa aku masih muda. Partner aku pula seorang lelaki yang baik dan memang ada effort untuk buat plan masa depan kami berdua. Cuma kadang-kadang aku rasa kurang yakin dan belum ada perasaan ...

Pengalaman Kerja Aku yang Pertama

Selepas aku habis belajar beberapa tempoh yang lalu, aku terfikir yang aku tak ada rasa nak bekerja dalam bidang yang aku belajar sebelum ni. Sekarang ni pun, aku tengah excited nak belajar pasal perniagaan dan akaun sebab dah dapat kerja somewhere dekat Kuching ni. Nak dapatkan pengalaman kerja ni bukanlah semudah yang disangka. Ada syarikat lebih pentingkan pengalaman kerja berbanding level pelajaran seseorang, Nak dapatkan pengalaman kerja ni juga, kenalah bekerja dan carilah syarikat yang mahu terima fresh graduate sebagai pekerja mereka. Sebagai langkah pertama kenalah mula dari posisi bawah, seterusnya jika kerja memuaskan, akan ditawarkan ke posisi yang bersesuaian. Kerja ni memang ada part yang membosankan, terutamanya bila kena berdepan dengan benda yang sama tiap-tiap hari. Kadang-kadang kalau pihak atasan datang gila, mulalah kena siapkan task yang pelik-pelik dengan cepat. Pengalaman gila aku adalah bila kena masukkan data pelanggan sebanyak 20,000 dalam masa ...

Trend Baru dan Internet

Dah lama dah aku tak melawat blog ni. Bukan sebab tak ada masa, aku malas nak buka blog dan tak ada idea nak kongsikan cerita. Sekarang ni, zaman dimana kita tak perlu pakai PC pun selain untuk kerja penting untuk surf internet . Blogging ni pun adalah trend masa 6 atau 7 tahun yang lepas, dimana Facebook tidak terkenal seperti sekarang. Kebanyakkan entri blog aku taip dan post melalui handphone aku. Kalau ada masa terluang yang panjang, aku akan guna laptop. Tak kisahlah berapa panjang entri yang aku buat, kadang-kadang letak gambar yang tak ada kaitan dengan isi entri dan aku pun tak tahu kenapa. Selain dari blog , aku juga aktif dekat Instagram , Twitter dan Facebook . Wechat tak berapa nak aktif dan Youtube pun dah jarang sebab malas nak upload video . Kehidupan aku yang selebihnya aku habiskan waktu dengan bekerja. Baru-baru ni aku ada potong rambut stail helmet pakcik makcik. Sebelum ni, aku dah simpan rambut dah 5 tahun dah kalau tak silap. Tiba-tiba, terasa...