Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2020

Ideologi Masing-Masing

Tak semua orang disekeliling aku tahu siapa diri aku yang sebenar, apa pegangan aku, apa yang aku percaya, ideologi dan sebagainya. Bukan bermaksud orang disekeliling aku ni tak baik, cuma bagi aku, lain orang, lain cara penerimaan mereka terhadap diri kita. Tak semua ideologi yang kita pegang sama dengan orang lain, lebih-lebih lagi bila mindset kita bukan typical seperti orang lain. Sejak kecil aku selalu kena brainwashed dengan apa yang patut dan tak patut kita buat, sampaikan aku rasa diri aku sombong hanya kerana patuh dengan arahan tanpa aku sendiri cuba memahami apa yang sebenarnya aku betul-betul cuba ikuti. Sebab itu selepas aku menempuh zaman persekolahan, aku terus berubah. Memang akan ada orang akan cakap aku ni kena " culture shock ", tapi cuma aku sahaja yang tahu kenapa aku jadi begini sehingga sekarang. Bila aku berubah, aku lebih merasai ketenangan, lebih tenteram dan jadi lebih baik walaupun roh ni masih digari. Mungkin aku ni kelihatan lain dari yang...

Style Rambut Aku

Siapa sangka, aku dulu pernah mempunyai rambut yang sangat panjang yang boleh kata mencecah lebih dari paras lutut aku sendiri. Tapi masa tu aku rasa rambut aku yang terlampau panjang buat aku nampak tak menarik jadi aku ikut nasihat kakak senior aku dulu, Kak Dida untuk potong rambut sehingga paras pinggang sahaja. Aku juga pernah berambut pendek macam rambut abang askar yang tengah training , sebab kalau mak aku yang gunting rambut, memang nampak buruk sangat sampai aku menangis malu keluar rumah. Masa tu aku baru berumur 9 tahun, sejak lepas potong rambut pendek terus inang rambut sampai terlebih panjang. Rasa phobia berambut pendek sebenarnya susah nak hilang, bayangkan masa beli baju sekolah banyak yang sangka aku ni budak lelaki. Style rambut aku masa zaman awal diploma Tapi, kisah berambut pendek tidak habis disitu, aku pernah suruh stylist rambut buat rambut aku ikut trend semasa, end up pula berambut pendek macam style lelaki K-POP zaman 2010 siap ada emo sikit-sikit git...