Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2022

Selamat Datang Bulan Kelahiran

Bulan ni bulan yang birthday bagi aku, walaupun ianya tidaklah seistimewa macam orang lain. Terlalu banyak berlaku sepanjang masa ni walaupun masih diawal tahun, aku cuma catat di dalam diary elektronik aku saja, blog ni aku update sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Video pula hampir tak ada masa nak sunting sebab sepanjang bulan dua aku memang busy dan penat bekerja. Al-maklumlah, kalau kerja company kena kerah sampai hari Sabtu. Lepas tu hari Ahad kena beli barang keperluan dan rehat sekejap sebelum kerja bermatian keesokkan harinya. So, Youtube Channel aku kena bertabahlah sebab aku sangat kekurangan masa. Aku ni pun bukannya semua orang suka. Ada yang pura-pura suka, ada yang hanya suka bila aku beri manfaat kepada mereka, namun banyak yang benci dalam diam, tak kurang juga yang hanya memandang aku sebagai pesaing mereka. Entahlah dunia ni. Betul kata Kak Mal, lebih bagus kita kecilkan circle sosial kita sahaja daripada menderita. Sekarang ni pun aku lebih mementin...

Tahun Baru buat Vlog

Ini adalah entri pertama dalam tahun 2022. Meskipun aku sekarang dah tak berapa ada masa nak menaip blog, aku cuba mencari sisa-sisa masa terluang sebelum cuti perayaan CNY ni berakhir. Start kerja ni nanti masa aku banyak terbuang di office menguruskan hal-hal akaun syarikat tempat aku bekerja. Tahun ni juga merupakan tahun yang agak baru untuk aku mulakan hidup bersama dengan partner aku. Walaupun majoritinya tiadalah banyak yang berbeza sangat disebabkan kami masing-masing bekerja tidak sama masa, dimana aku ni kerja office hour dan partner aku kerja shift . Masa untuk kami berjumpa pun terhad seperti sebelum ni. Tahun ni juga aku mempunyai cita-cita untuk jangka panjang iaitu untuk menjadi seorang yang berbakat dalam bidang seni dan ingin asah lagi bakat tu sampai jadi professional. Baru-baru ni juga aku ada buat video dekat Youtube pasal life aku sebagai Sarawakian. Aku pernah terfikir orang zaman now ni dah tak berapa minat nak baca blog dan mereka biasanya lebih fok...