Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2022

Tiada Majlis Kahwin Untukku

Dua hari yang lepas, aku ada hadiri majlis pertunangan sahabat sejak diploma sampailah sambung degree. Cuma bekerja jer yang tak sama. Setelah hampir beberapa tahun tidak bersua muka, akhirnya ketemu juga di Serian dalam keadaan yang bahagia dan sihat walafiat. Aku pun sama, sihat dan obesitinya tak tipu, nak ambil gambar pun susah nak posing sana-sini cari sudut yang nampak kurus. Beberapa tahun yang lepas pun ada juga hadir ke majlis perkahwinan sahabat lain. Tapi masa tu, entah kenapa masih rasa kebulur juga, maybe sebab satu meja full 10 orang dan hidangan agak sikit dari segi kuantiti, berbanding majlis dua hari yang lepas agak mengenyangkan dan kami semeja full cuma 8 orang sahaja. Tapi, aku tak lah berani nak complain lebih-lebih sebab dua-dua majlis yang pernah aku hadiri ni ada kelebihannya yang tersendiri, seperti saiz yang besar, cantik dan tersusun dan berjalan lancar sehingga ke akhir majlis. Apapun, terima kasih sebab bagi makan secara percuma. Jika dibandingkan...

Manusia yang Pentingkan Diri Sendiri

Perkara yang tak seronok bila hidup bersama manusia yang ramai ni adalah bila berjumpa dengan mereka yang jahat atau sanggup buat apa saja untuk kepentingan sendiri. Tak kisahlah dari kecil sampai ke besar, aku tengok kalau dah pelik-pelik perangai tu memang akan bawa masalah kepada kita juga. Aku faham siapa kita untuk menilai baik buruk seseorang, bahkan orang yang rasa diri mereka kuat agama akan menganggap orang yang tidak kuat agama atau tidak seiman itu adalah orang yang tidak baik. Erti sebenar dalam istilah kejahatan yang aku maksudkan ini lebih kepada PENTINGKAN DIRI SENDIRI SEHINGGA MENINDAS ORANG LAIN . Selebihnya kelakuan mereka kepada yang lain, biarlah mangsa itu sendiri yang menilai. Image dari Google Dari pengalaman aku sendiri, keadaan paling banyak aku jumpa pentingkan diri sendiri adalah di atas jalan raya. Jangan ingat Sarawak ni aman damai berbilang bangsa dan agama bersatu teguh. Tidak. Banyak yang salah, sikit saja yang betul. Banyak yang agresif bila di atas ja...