Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2022

Penutup Cerita Akhir Tahun

Tak sedar dah masuk bulan terakhir dalam tahun ni. Nasib baik tahun ni adalah juga pencapaian aku walaupun tak lah sebesar mana yang diharapkan, at least mampu beli sedikit-sedikit barang, upgrade PC ke high end , dapat hadiah iPhone dari partner , beli sikit-sikit perabot, melancong ke Kuala Lumpur selama 9 hari, berbaik dengan keluarga mertua setelah sekian lama aku mengelak dari mereka (atas sebab tertentu), adik pula dapat kerja bagus, dan banyak lagilah. Walaupun nampak kecil di mata orang lain, aku gembira sangat-sangat dengan pencapaian aku setakat ni. Cuma target nak kurus tu agak mustahil bagi aku dah sekarang. Tapi lepak dengan kawan dah jarang dah, rindu pula dengan mereka Cas, Jijin dan Lelen. Aku harap mereka sihat dan gembira sentiasa serta kawan-kawan lain tak kira yang tinggal dekat atau jauh dari Kuching yang masih ingat aku sebagai kawan. I miss you guys so much ! Rindu nak keluar lepak ramai-ramai, duduk penuh satu meja besar dan gelak sakan sama-sama tak ki...

Extrovert yang Gagal

Hari tu aku ada keluar makan dengan salah seorang rakan sekerja aku. Kami merupakan salah satu group dan agak dikatakan berkawan baik sebagai rakan sepejawat. Aku rasalah aku ni jenis yang extrovert tapi aku juga jenis yang tak banyak kawan. Kalau berbual dengan kawan-kawan tu, aku kalau boleh tak nak tengok mata mereka lama-lama sebab aku rasa kekok dan pemalu. Begitu juga kejadian masa aku keluar makan dengan rakan sekerja aku hari tu, nak tengok mata dia tapi aku malu dan kekok. orang cakap komunikasi akan jadi lebih baik kalau mata bertentang mata tapi aku tetap tak boleh tentang mata dia lama-lama. Kenapa aku katakan aku ni jenis yang extrovert adalah sebab aku jenis yang suka keluar lepak dengan kawan-kawan, jenis yang suka dikelilingi oleh manusia yang aku suka, jenis yang happening , jenis yang selalu nak jumpa kawan sampai kadang-kadang rasa takut kawan menyampah dengan aku. Incase kalau suatu hari nanti aku diberi peluang untuk jadi macam ni balik, aku terima dengan ...