Di zaman yang kian ke depan, aku teringin sangat nak ikut trending macam buat diary menggunakan vlog di Youtube atau rajin update video dekat Tiktok . Tapi disebabkan diri aku yang tersangatlah low self esteem serta tidak pandai berkomunikasi secara spontan, aku membatalkan niat aku yang berkobar-kobar ni, walaupun aku dah beli app yang boleh edit video secara professional. At the end , aku hanya mampu update blog ni jer, sebab aku lebih selesa nak luahkan apa saja tanpa perlu peduli pun keadaan fizikal aku macamana, serta tak perlu risau kalau aku tergagap-gagap bercakap atau merasa kekok di hadapan kamera. Walaupun keyakinan diri dan skill komunikasi ini boleh dilatih, pasti akan mengambil masa yang lama untuk asah dua benda asas tu. Buat masa ni, aku cuma fokus dengan penulisan sahaja walaupun cara ini sudah berada di takuk lama. Kadang-kadang aku menulis ni pun bukan sebab nak view tinggi ker apa.. Aku cuma nak jadikan rujukan untuk aku di masa hadapan atau suatu hari n...
Seorang yang berusaha keras menjalani kehidupan yang sederhana, berhempas pulas melarikan diri dari rasa kekosongan