Skip to main content

Posts

Lawatan Sambil Belajar di Muzium Kuching

Jadual aku sekarang ni penuh dengan kepelbagaian aktiviti dianjurkan oleh kolej di Universiti tempat aku belajar. Kadang-kadang sampaikan masa belajar aku pun jadi terhad tapi terpaksa juga aku korbankan demi merit untuk aku stay di kolej pada semester depan. lagipun hidup di kolej tak lah teruk sangat asalkan kita ditemani rakan-rakan dan tidak kesunyian. Bayangkan esok aku ujian midterm tapi hari ni masih mampu keluar bermain bersama rakan se-kolej.  Aku akui aku masih stuck dalam menyeimbangkan hidup sebagai pelajar sama ada perlu study lebih atau buat aktiviti kolej lebih. So far , aku cuma berlagak okay dan gembira sahaja sebab tiada cara lain untuk keluar dari masalah ni. Ada masanya aku sentiasa ingatkan diri aku untuk buat persediaan sebelum mati menempuh ujian. Semester ni pun aku ada ambil subjek TMX yang berkaitan dengan software dan hardware komputer, pasal web 1.0 dan 2.0, topology , HTML code, XHTML code boleh pecah kepala dibuatnya.  Gambar ni aku ambil ...

Budak Berdikari

Aku macam tak percaya jer akhirnya aku berjaya keluar dari UNIMAS ke Desa Ilmu seorang-seorang pada semester akhir sejak habis belajar college tahun lepas. Macam dah terlalu lama aku tak jalan seorang keluar. Dari semester satu aku tinggal di UNIMAS, aku macam dah tak ada keyakinan berjalan seorang diluar terutamanya bila perlu menaiki bas dari Kampus Barat ke Kampus Timur. Suka style rambut ni sangat-sangat Mungkin orang akan tengok aku sebagai perempuan yang pelik dan itu membuatkan aku rasa janggal sebenarnya. Sebelum ni, kalau aku nak keluar dari UNIMAS, aku selalu ditemani oleh kawan-kawan dan partner aku. Cuma kali ni, mereka semua sibuk dengan hal masing-masing dan aku rasa mungkin aku patut mulakan hidup berdikari sekurang-kurangnya untuk waktu yang tertentu. Memandangkan hari Selasa adalah hari aku bebas dengan kelas, kiranya aku cuba mengambil kesempatan untuk keluar sedangkan kawan-kawan yang lain terperangkap sampai lewat petang dengan aktiviti wajib mereka. Tapi, aku tak...

Keluarga Aku di Dalat

Dah hampir satu tahun dah aku tak jumpa keluarga aku, sampaikan aku dah tak berapa ingat macamana muka ayah aku sebab memori aku cuma ingat muka dia masa dia muda. Mesti dia dah sangat tua sekarang. Aku juga tak berapa ingat mana satu adik aku yang masih belajar dan sudah bekerja. Aku rasa kali inilah masa paling lama aku tak balik rumah mak ayah aku sejak mereka pindah ke Dalat. Sebelum ni, keluarga aku tinggal di Mukah dah 5 tahun dah tak termasuk aku sebab aku dah mula hidup nomad lepas habis SPM. Tak sabar rasanya dah ada rumah sendiri suatu hari nanti. Aku rancang nak tempah tiket pulang-balik dari Kuching ke Mukah (Dalat tak ada airport ) tapi dah sold out memandangkan Twin Otter cuma boleh bawa 20 orang penumpang dalam satu masa.  Aku ada jugalah terfikir apa yang keluarga aku buat pada waktu sekarang, sedangkan aku disini kebosanan dan perlu bekerja keras habiskan belajar. Kadangkala aku kepenatan sebab banyak sangat berfikir. Tak lama lagi minggu peperiksaan akan ti...

Perasaan yang Sensitif

Memang banyak yang menyampah dengan orang yang sikit-sikit nangis, sikit-sikit nangis. Bagi mereka, orang jenis yang macam tu lemah dan sengaja nakkan perhatian. Bagi aku, itu terpulang pada individu itu sendiri. Tak semua dilahirkan dengan hati yang kental terutamanya aku. Aku jenis yang sangat sensitif dan mudah emosi. Semadi juga sekarang aku dah tak macam dulu sangat. Kalau masa kecil, memang menangis jak kerja sampai suara pun sebesar-besar alam memberontak sebab aku belum pandai kawal perasaan. Bila dah masuk ke alam remaja, aku jadi makin sensitif dan kurang keyakinan diri sampaikan masa umur 12 tahun tu, cikgu dan rakan-rakan sekolah gelarkan aku si-congek. Aku menangis pun kebanyakkannya situasi yang menyebabkan aku marah dan tak dapat kawal emosi dan aku end up dengan menangis sepuas hati. Kira okay lah daripada aku melakukan keganasan dan mencederakan orang lain. Lagipun, selemah-lemah aku ni, aku juga seorang yang ego. Bila aku marah dan mula bencikan seseorang, a...

Jangan Bersahabat dengan Si Parasit

Akan terpahat dalam ingatan aku selamanya, berkawan dengan orang yang rasa diri mereka popular adalah satu tindakan yang bodoh dan memberi pengalaman yang cukup teruk. Aku masih ingat masa aku berumur 13 tahun, di sebuah sekolah di Jalan Oya Sibu. Aku ada seorang rakan sekelas yang bernama Helen. Dia masa tu seorang budak perempuan yang cantik, berkulit cerah, pandai dalam kelas, banyak kawan dan ramai lelaki sukakan dia (Bila fikir balik sekarang, ada something wrong dengan bentuk hidung dia dan entah kenapa aku dulu fikir dia cantik). Satu hari di sekolah, masa rehat tinggal 15 minit lagi. Helen datang jumpa aku di dalam kelas dan cuba ajak aku ke kantin sebab dia nak beli makanan. Tanpa berfikir panjang, aku yang mudah kasihankan orang pergi secara membuta tuli padahal waktu tu aku dah habis makan. Aku masa tu kasihan sangat dengan dia lebih-lebih lagi bila dia merayu cakap tak ada orang pun sudi temankan dia. Bila dah nak sampai ke kantin sekolah, aku tengok dia tiba-tiba...