Skip to main content

Posts

Kubah Matang Family Park Kuching Bersama Rakan

Bergelar sebagai pelajar ni kita tak boleh lari dari stress dan perkara-perkara yang sentiasa menekan kita untuk bergerak lebih laju. Kita wajib punya kawan sebagai pendorong dan peneman kita dikala kita susah dan senang. Siapalah aku ni tanpa kawan walaupun kawan tidaklah seramai mana. Hari tu, kami plan pergi ke Air Terjun Kubah dan menjalankan aktiviti memanggang sambil melarikan diri dari segala assignments dan ujian kecuali seorang kawan aku ni siap bawa assignment untuk dia siapkan sambil mandi air terjun (tepuk dahi).  Selepas inter-sem , aku sedar yang aku cepat kenyang dan tidak makan terlalu banyak. Tapi masih kelihatan chubby which is aku tak kisah pun sebenarnya.  Gambar-gambar di atas adalah salah satu tempat dalam Kubah Family Park. Kalau kita pergi ke bahagian atas, kita boleh tengok air terjun kecil macam ni. Memandangkan masa tu hari hujan renyai-renyai, tahap air di sungai adalah lebih tinggi dari biasa. Aku dan kawan-kawan mengambil kesempatan ni untuk ...

Tragedi Pertandingan Sukan Kayak Peringkat Inter-College

Cerita terbaru ni pasal pertandingan sukan kayak peringkat inter-college yang dijalankan di dalam UNIMAS. Aku secara langsung juga terlibat sebagai ahli cheers untuk kolej aku. Oleh kerana kolej Sakura hanya terdiri dari kaum perempuan saja, suara kami yang halus dan merdu ni ditenggelami oleh suara-suara cheers dari kolej lain seperti BRC, Allamanda, TAZ, dan Kenanga sebab mereka ada ahli cheers lelaki. Tapi aku tak menyesal. Aku bekerja keras demi tugasan yang diberi sebagai ahli cheers . Aku juga berharap kolej aku berjaya dengan baik. Walaupun aku sakit tekak masa tu, aku paksa diri aku buat suara sorakan besar yang aku termampu. Well, at least kami datang ke sana bukan bertujuan untuk memalukan diri sendiri tapi memberi semangat kepada yang bertanding. Lepas habis cheers , barulah aku keluar UNIMAS since aktiviti ni dijalankan pada hujung minggu hari dimana aku selalu stay dekat luar. Tapi yang aku tak tahu masa tu aku sebenarnya belum boleh keluar atas alasan apa enta...

Selamat Tinggal Lesen L Mukah

Baru-baru ni aku rasa nak marah saja, sangat moody dan kadang-kadang beremosi. Ada masanya aku takut aku tak dapat kawal emosi aku bila post something di internet al-maklumlah aku jenis yang banyak cakap bila menulis di ruangan siber. Maybe itu salah satu cara untuk aku release stress . Dalam tengah beremosi ni, aku terfikir pula pasal lesen memandu aku. Kalau nak tahu aku teringin sangat nak ada lesen memandu, sampaikan nak bersedia untuk exam lesen L hari tu pun dah macam bersedia untuk exam SPM. Tapi lepas aku lulus lesen L, aku terpaksa tangguh kelas lesen P sebab aku sambung study di UNIMAS dan masa tu aku belajar memandu di Mukah. Selepas 2 semester, bila aku berpeluang balik ke rumah parent aku di Dalat, aku ingat dapatlah aku sambung belajar memandu di Mukah ternyata sangkaan aku meleset sebab masa aku belajar terlalu singkat. Bayangkan dengan perjalanan Dalat ke Mukah mengambil masa 40 minit dengan menggunakan kereta dengan keadaan ayah aku yang masih sibuk bekerja. Lag...

Damai Santubong Bersama Rakan

Minggu lepas, tanpa plan yang dirancang, kawan aku tiba-tiba contact aku ajak lepak dekat Pantai Damai Santubong sebab diorang tak tahu jalan pergi sana. Diorang cakap diorang perlukan seseorang yang boleh  guide mereka ke sana so aku pun ambillah peluang tu untuk mencari kedamaian dan keseronokkan di pantai. Aku ingat lagi masa tu, aku kena demam panas, selesema, batuk dan juga sakit tekak tapi aku masih gigih keluar bagaikan orang yang dah sihat.

Semenggoh Wildlife Bersama Rakan

Dulu, aku pernah tak ambil peduli pun pasal area Padawan sebab aku ingat Pawadan ni tak ada tempat yang menarik tapi aku sebenarnya silap. Dalam selalu melimpas sign board Padawan di Batu 10 Kuching, aku baru tersedar Padawan adalah salah satu tempat yang paling cantik di Kuching dan ada banyak tempat yang boleh dilawati macam Annah Rais Hotspring , Borneo Highland dan sebagainya. Kali ni, aku dan kawan-kawan telah bercadang untuk melawat Semenggoh Wildlife . Kalau ditakdirkan ada duit lebih nanti, Borneo Highland adalah destinasi kesukaan yang seterusnya. Apa yang menarik di Semenggoh Widlife ni adalah sebuah tempat yang kaya dengan flora dan fauna serta pusat jagaan dan pemuliharaan Orang Utan. Ramai yang nak datang ke Semenggoh ni pun sebab nak tengok Orang Utan jer sebenarnya. Salah satu Orang Utan di Semenggoh Masa ni kami dah berpanas dan badan aku basah lencun sebab peluh berlebihan Kalau nak tahu, area Padawan ni juga terletak di antara Kuching dan Serian dan sangat dek...