Skip to main content

Posts

Berputus Asa Dalam Hidup

Tidak semua dari kita dilahirkan dengan hati yang kuat. Kadang-kadang masalah kecil pun mampu buat mereka merana. Kalau sudah memiliki kekuatan untuk menempuh bermacam cabaran, janganlah pula dijadikan tiket untuk mengecam mereka yang lemah. Kita pun tidak tahu nasib kita dikemudian hari kelak. Bulan lepas, aku ada baca satu cerita mengenai seorang remaja perempuan di sosial media yang stress dan dia berharap sangat dia bunuh diri. Bila tengok komen dari netizen, semuanya mengecam dia tanpa ada rasa belas kasihan. Bahkan ada yang menggalakkan remaja tersebut teruskan niatnya untuk membunuh diri. Apa yang paling menarik, pengomen-pengomen tersebut adalah dari golongan yang berpegang kuat kepada kepercayaan mereka. Aku ingatkan benda ni boleh jadikan mereka orang yang baik, suka membantu dan memberi semangat pada orang yang lemah. Sangkaan aku mereset. Sekiranya bunuh diri itu terjadi, yang mati selamanya akan jadi mangsa. Pembunuhnya adalah penyebab mereka membunuh diri. Jadi,...

Aku Tak Nak Kawan Dengan Muslim?

Suatu masa dahulu, mak aku pernah tanya aku, Kenapa aku tak nak kawan dengan muslim? Aku tak ingat apa yang aku bagitahu dengan mak aku, tapi aku rasa itu satu-satunya soalan yang tersangat banyak jawapan tapi susah nak cakap. Lepas habis sekolah menengah dulu, aku masuk kem PLKN. Aku tak pernah ada kawan baik muslim. kalau sekadar kawan biasa-biasa memang ada. Aku ni selalu jadi mangsa umpatan kalau berkawan dengan golongan mereka, sebab mereka menilai seseorang based on mereka punya ajaran kepercayaan. Aku pernah dengar satu frasa dari seseorang yang mengatakan jangan sesekali menjadikan non-muslim sebagai ketua atau penolong kepada muslim kerana mereka tidak boleh dipercayai. Aku pun jadikanlah frasa tu sebagai petunjuk aku dalam bentuk vice versa kerana aku tahu kebanyakkan muslim yang aku kenal banyak yang bercakap tak pandang kiri kanan. Kadang-kadang aku rela duduk seorang-seorang dari terseksa rasa dikhianati, disebabkan kita ni lain dari mereka tak kira dari segi penampilan...

Adis Buan Resort Segong Bau

Hari tu, aku ada post pasal Mid-Autumn Festival. Hari ni, aku nak kongsikan pasal aku ada pergi satu tempat yang menarik yang terletak di Singai, Bau. Aku dan kawan-kawan merancang pada minggu lepas untuk pergi melihat dan makan-makan di tepi sungai memandangkan cuaca baru-baru ini agak panas. Aku dan Hallen bergerak ke sungai dari rumah Sungai tidaklah nampak begitu dalam tapi masih tetap cantik dipandang. Sebelum sampai ke destinasi, kami telah sesat beberapa kali memandangkan driver dan penasihat sebelah driver keliru jalan diantara simpang Singai dan simpang Apar. Tapi, at last sampai jugalah ke destinasi sebelum tengahari. Selalunya kalau aku bagi panduan jalan, mungkin tiada kedengaran. Haha. Tak pa lah. Kami ingatkan tidak ramai yang tahu tempat ni disebabkan perjalanan yang agak jauh dan didalam hutan. Tapi, sangkaan kami salah. Masa sampai hari tu, penuh pula kereta parking diluar resort dan sangat banyak pelawat membawa keluarga mereka disini untuk barbecue . Sungai Adis ...

Sambutan Mid-Autumn Festival Bersama Kawan 2016

Sabtu yang lepas, aku ada merancang nak pergi ke Sibu sebab aku teringin nak makan Kompia Cina. Tapi aku terpaksa batalkan disaat akhir disebabkan perkara yang tidak dapat dielak. Kebetulan juga, kawan aku tiba-tiba mesej aku suruh join mereka sekali untuk sambutan perayaan Kuih Bulan. Bagi siapa-siapa yang tidak tahu apa itu Mid-Autumn Festival bolehlah Google sendiri ya. Disini, aku kongsikan gambar-gambar sambutan yang aku dan kawan aku buat tempoh hari. Ini adalah makan malam kami, Kuih Bulan adalah wajib ada waktu ni

Tenangkan Fikiran Dengan Road Trip

Aku ambil gambar ni masa aku di Sri aman Cara aku tenangkan diri dan buangkan segala tekanan dari perkara tak baik adalah dengan buat road trip . Aku sangat suka road trip . Nasib baik Kawasan Kuching ni besar dan banyak tempat menarik, jadi aku tidaklah bosan nak berjalan-jalan. Gambar ni semasa kami dalam perjalanan ke Sampadi, Gunung didepan adalah Gunung Serapi Ini adalah Sungai Rambungan Di sini adalah Semaran Tempat yang aku lepak dalam gambar ni di Pantai Pandan Lundu