Skip to main content

Posts

TGV cinemas di Vivacity Kuching

Hi. Malam tadi aku ada tengok movie bertajuk Assassin Creeds . Aku sangat suka tengok movie , asalkan cerita best dan boleh layan. Kadang-kadang kita kan sibuk dan penat bekerja di siang hari. Malam aku selalu habiskan masa dengan menonton movie . Kalau tak dirumah, di wayang lagi aku suka disamping boleh membuang stress dan buat diri rasa gembira. Aku cadangkan antara wayang paling best di Kuching adalah di TGV Cinemas di Vivacity Mall Kuching, nampak mewah, sejuk dan cantik. Perkhidmatan mereka pun terbaik walaupun harga tiket yang agak mahal, tapi berbaloi sebab tandas bersih, dan tempat duduk yang selesa.  

Menjenguk Ke Blog Sekejap

Hi. Sudah terlalu lama aku meninggalkan blog sejak October yang lalu. Terlalu banyak cerita yang aku nak kongsikan disini, mengenai siapa diri aku yang sebenar dalam beberapa ayat kiasan sebab malas nak berterus-terang sangat. Aku cuba buat yang terbaik untuk menampakkan lagi kelainan kandungan entry yang aku buat, walaupun kurang pembaca. Aku selesa dengan keadaan sekarang, dan tujuan utama aku mengarang adalah untuk diri sendiri. Ya. Aku masih diri aku seperti sebelum ini. Berdarah kacukan dari beberapa kaum di Sarawak, dan bekerja dalam bidang akaun di Kuching. Aku cuma wanita biasa yang mempunyai impian tersendiri. 

Berputus Asa Dalam Hidup

Tidak semua dari kita dilahirkan dengan hati yang kuat. Kadang-kadang masalah kecil pun mampu buat mereka merana. Kalau sudah memiliki kekuatan untuk menempuh bermacam cabaran, janganlah pula dijadikan tiket untuk mengecam mereka yang lemah. Kita pun tidak tahu nasib kita dikemudian hari kelak. Bulan lepas, aku ada baca satu cerita mengenai seorang remaja perempuan di sosial media yang stress dan dia berharap sangat dia bunuh diri. Bila tengok komen dari netizen, semuanya mengecam dia tanpa ada rasa belas kasihan. Bahkan ada yang menggalakkan remaja tersebut teruskan niatnya untuk membunuh diri. Apa yang paling menarik, pengomen-pengomen tersebut adalah dari golongan yang berpegang kuat kepada kepercayaan mereka. Aku ingatkan benda ni boleh jadikan mereka orang yang baik, suka membantu dan memberi semangat pada orang yang lemah. Sangkaan aku mereset. Sekiranya bunuh diri itu terjadi, yang mati selamanya akan jadi mangsa. Pembunuhnya adalah penyebab mereka membunuh diri. Jadi,...

Aku Tak Nak Kawan Dengan Muslim?

Suatu masa dahulu, mak aku pernah tanya aku, Kenapa aku tak nak kawan dengan muslim? Aku tak ingat apa yang aku bagitahu dengan mak aku, tapi aku rasa itu satu-satunya soalan yang tersangat banyak jawapan tapi susah nak cakap. Lepas habis sekolah menengah dulu, aku masuk kem PLKN. Aku tak pernah ada kawan baik muslim. kalau sekadar kawan biasa-biasa memang ada. Aku ni selalu jadi mangsa umpatan kalau berkawan dengan golongan mereka, sebab mereka menilai seseorang based on mereka punya ajaran kepercayaan. Aku pernah dengar satu frasa dari seseorang yang mengatakan jangan sesekali menjadikan non-muslim sebagai ketua atau penolong kepada muslim kerana mereka tidak boleh dipercayai. Aku pun jadikanlah frasa tu sebagai petunjuk aku dalam bentuk vice versa kerana aku tahu kebanyakkan muslim yang aku kenal banyak yang bercakap tak pandang kiri kanan. Kadang-kadang aku rela duduk seorang-seorang dari terseksa rasa dikhianati, disebabkan kita ni lain dari mereka tak kira dari segi penampilan...

Adis Buan Resort Segong Bau

Hari tu, aku ada post pasal Mid-Autumn Festival. Hari ni, aku nak kongsikan pasal aku ada pergi satu tempat yang menarik yang terletak di Singai, Bau. Aku dan kawan-kawan merancang pada minggu lepas untuk pergi melihat dan makan-makan di tepi sungai memandangkan cuaca baru-baru ini agak panas. Aku dan Hallen bergerak ke sungai dari rumah Sungai tidaklah nampak begitu dalam tapi masih tetap cantik dipandang. Sebelum sampai ke destinasi, kami telah sesat beberapa kali memandangkan driver dan penasihat sebelah driver keliru jalan diantara simpang Singai dan simpang Apar. Tapi, at last sampai jugalah ke destinasi sebelum tengahari. Selalunya kalau aku bagi panduan jalan, mungkin tiada kedengaran. Haha. Tak pa lah. Kami ingatkan tidak ramai yang tahu tempat ni disebabkan perjalanan yang agak jauh dan didalam hutan. Tapi, sangkaan kami salah. Masa sampai hari tu, penuh pula kereta parking diluar resort dan sangat banyak pelawat membawa keluarga mereka disini untuk barbecue . Sungai Adis ...