Skip to main content

Posts

Rasa Kosong

Entah kenapa aku rasa malas sangat dan tak bermaya. Walaupun perkara ni bukanlah perkara yang baru berlaku, rasanya makin kepenatan aku pendam lama-lama. Dah beberapa bulan sudah aku tidak melukis, berfikir pula tanpa henti, terngiang-ngiang suara di kepala walaupun tengah pejam mata nak tidur. Aku tak tahu kenapa aku macam ni.  Kadang-kadang aku berfikir tentang alam semesta, kadang-kadang berfikir tentang dunia dan politik, kadang-kadang berfikir tentang manusia, kadang-kadang berfikir tentang diri sendiri. Sesungguhnya, aku tak tahu apa yang aku inginkan sepanjang masa aku hidup.  Kerja pun hanya bawa jasad, fokus kerja dan balik seolah-olah perasaan dalam diri ni dah tak ada. Kalau ada pun, bercampur-baur semuanya. Rakan sekerja cuma tinggal rakan sekerja, lama-kelamaan kami bersama, tiada lagi berkongsi cerita keluarga dan hal peribadi seperti kami dahulu-kala. Kalau ada pun, mereka cuma bercerita sesama mereka saja. Mungkin aku lain dari yang lain, kehidupan aku lebih be...
Recent posts

Home Office Baru

Semenjak partner aku mengidam nak ada drum sendiri, aku pun bercadang nak hadiahkan dia drum masa hari lahir dia. Tapi aku tak adalah nak belikan terus sebab drum ni ada banyak jenis juga lagi-lagi bila ada yang akustik dan elektronik. Penyelesaiannya, aku cuma bankin -kan partner aku duit dan biarkan dia pilih sendiri hadiah dia. Jadi, dengan rendah diri aku pun akur pindahkan home office aku dari bilik bawah ke bilik atas memandangkan partner aku nak guna bilik bawah untuk studio dia nanti. Sekarang ni, aku cuma masukkan apa yang penting saja dalam office aku, at least aku ada privasi sendiri berbanding dulu dimana home office berkongsi aku dan partner aku.  Bulan lepas tak silap, aku dah terlebih berbelanja nak dekat RM7K juga. Walaupun mungkin amount tu tak besar bagi sesetengah orang, tapi bagi aku cukup buat aku sedih juga sebab duit terbang. Mula-mula berbelanja untuk tukar accessories kereta dan tukar headlamp kereta. Lepas tu tanpa dirancang, pindah home offic...

Masalah Kesihatan

Sebulan yang lepas, aku ada buat operation dekat eyelid aku sebab eyelid aku sebelah kanan ada jatuh sikit. Walaupun operation tu tak lama, tapi sakitnya memang tak terkata lebih-lebih lagi bila kena cucuk bius 2 kali dekat area mata dan kening. Sekurang-kurangnya legalah juga sebab masalah ni dah lepas dan aku pun dah boleh berhenti follow-up dengan doktor pakar sebab eyelid aku dah sembuh. Eyelid aku sebelum ni turun kebawah sikit kira dah lama juga, berbulan-bulan tapi aku ignore jer dulu sampailah terbuka hati nak pergi atur dekat doktor pakar. Actually memang tak elok kalau dibiarkan lama sebab bebola mata boleh turun dan tak seimbang, jadinya aku ada juling sedikit tapi nasib baik tak nampak sangat. Kos perubatan pula tak mahal mana pun dan lebih murah jika dibandingkan dengan buat pembedahan lasik. Aku teringin sebenarnya nak buat pembedahan lasik tapi partner aku tak izinkan sebab nampak dia risau dengan side effect lepas surgery  atau risiko dari pembedahan las...

Pembuka Kata Untuk Tahun Baru

Tahun baru pun menjelma sudah. Memang tak banyak pun perubahan dari yang sebelum ni, selain dari banyak berjumpa dengan doktor atas isu-isu kesihatan. Aku pun makin giat main game Sims 4 setiap kali ada kesempatan. Jumpa kawan-kawan pun dah jarang dah sekarang sebab masing-masing busy dan aku malas nak drive malam-malam. Hari tu saja ada berjumpa dengan Gloria di rumah dia di Kampung Tarat Melawi sebab dia berkahwin dengan orang seberang. Meriah jugalah sebab suasana kampung. Masa tu cuma aku dan partner aku jer yang datang, yang lain tak dapat datang sebab masing-masing ada alasan mereka sendiri,  Lepas tu ber-Krismas di rumah parent partner aku. Krismas biasa-biasa jer sebab 25 haribulan Disember malam aku dan partner kena balik rumah sebab esok harinya aku kena bekerja. Kasihan anak buah partner aku nak ikut kami balik tapi partner aku tak nak bawa sebab takut tak ada orang nak jaga dia masa kami dua keluar bekerja nanti. Memang umur dah nak pertengahan ni makin kurang ...

Berpindah Blog

Setelah berbulan lamanya mengambil keputusan untuk pindah blog atas sebab tertentu, akhirnya berhasil juga walaupun entri lama di Wordpress tidak dapat dipindahkan sepenuhnya atas alasan perisian yang tidak menyokong format. Jadi dengan rela hati, aku paksa juga diri ini copy and paste semua entri lama ke blog baru dengan cara manual. Sayangnya semua komen-komen dan view yang lepas terpaksa dilupakan. Tak mengapalah, sudah nasib. Sebelum aku berpindah blog, beberapa bulan yang lepas aku terpaksa uruskan diari digital aku, menukarkan dari tulisan tangan ke tulisan taip agar lebih kemas dan rapi. Selesai yang itu, barulah aku fokus dengan blog aku.  Aku memang banyak jenis diari, dari tontonan umum sehingga yang betul-betul privasi. Walaupun tidak banyak memori indah yang boleh dicatat, sekurang-kurangnya, dengan diari ini, dapat memberi ingatan segar tentang bagaimana aku jalani hidup sehingga kini.  Sekarang sudah bulan Disember, tahun depan 2024. Kadang-kadang rasa takut b...