Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

Partner Lain Bangsa

Banyak juga yang suka bertanya kepada aku, kenapa aku tak nak pilih lelaki yang sama bangsa dengan aku aka lelaki berbangsa melayu untuk dijadikan pasangan, bla bla dan sebagainya. Aku dah tak ingat apa jawapan yang aku bagi dekat diorang tapi yang pasti ianya bukanlah satu jawapan yang betul sebab aku ni jenis jawab sebarang jer kalau kena tanya soalan yang tak dijangka-jangka. Lagipun aku tak sangka juga wujudnya soalan-soalan yang macam tu apatah lagi ditujukan kepada aku. So, maybe sebab tu aku cuma main jawab jer ikut apa yang terlintas di permikiran aku masa tu.  Sebenarnya, kalau nak diikutkan aku tak ada pun jawapan untuk soalan macam tu. Aku tak ada sebab pun tak nak pilih lelaki Melayu dan tak ada sebab nak pilih lelaki bukan Melayu untuk dijadikan pasangan aku. Kalau nak diikutkan, bangsa dan agama langsung bukan dalam senarai requirement untuk aku jatuh cinta. Bahkan aku tak rasa pun jantina perlu ditentukan untuk memilih pasangan. Apa yang aku lihat pada seseora...

Trend Jaga Aib yang Mengarut

Sumber gambar dari Google Image Fenomena di Malaysia sekarang ni adalah berkaitan dengan "aib" atau dark side setiap manusia kiranya gitew. Sering kali aku terbaca adalah si sanuk-sanuk ni cakap "tak perlulah ceritakan segala hal-hal aib, sebarkan aib dan bla bla" acah diri suci. Kalau rasa tak suka, kalau rasa malu dengar aib pasal orang, mohon diamkan diri dan jangan masuk campur. Itulah cara terbaik dari tiba-tiba menjengah tanpa diundang lepas tu pergi complain pula macamlah orang suka dia ada di situ. Kadang-kadang, bila kita ceritakan pasal sesuatu pada orang lain, kita mahu yang lain belajar dari pengalaman kita dan memberi amaran akan sesuatu agar kejadian tidak diingini tidak berulang lagi. Kenapa nak simpan aib orang yang jahat yer? Kita pun bukannya menyebar cerita fitnah atau melakukan penipuan. Kalau sekalipun menipu atau memfitnah, boleh jer buat laporan polis atau saman, yang penting bukti yang kita tak menipu tu ada. Spesis acah suci ni, kalau nak ...

Perkahwinan Tanpa Restu Keluarga

Aku selalu dengar kawan dan orang-orang disekeliling aku cakap yang kahwin tanpa restu keluarga ni tak akan berkekalan. Mereka percaya konsep restu adalah satu-satunya cara untuk mengelak dari kecelakaan dan masalah rumah tangga di masa hadapan. Aku kasihan dengan cara mereka berfikir macam ni dan lebih membimbangkan jika mereka mengajar anak-anak mereka dengan teori yang semestinya tidak tahu pokok pangkal betul atau salah. Bayangkan saja generasi sebegini akan mempengaruhi keturunan kita yang tiada kaitan ini. Adakah perlu meminta izin dari keluarga instead of memberitahu saja kepada mereka?  Bagi aku, sekalipun perkahwinan direstui 7 keturunan keluarga, kalau sepatutnya pasangan itu bercerai, memang akan bercerai juga di akhir cerita. Jadi, konsep restu itu tidak boleh diguna pakai untuk sesuatu perkahwinan yang kekal. Sekiranya restu itu hanya sekadar khabar gembira atau makluman kepada keluarga, mungkin aku boleh terima sebab masyarakat kita masih menggunakan istilah te...