Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Aku yang Berpunggung Besar

Setiap daripada kita mesti mempunyai sebahagian daripada anggota tubuh badan yang tidak disukai yang kita rasakan tidak sesuai pun nak match dengan anggota badan yang lain, sebagai contoh bahagian atas/bawah badan terlalu besar berbanding bahagian lain, peha yang terlalu berlemak, perut yang terlalu boroi, bahu yang terlalu lebar, dada terlalu luas, bentuk muka terlalu segi empat macam buku saiz A4 dan sebagainya. Manakala aku punya mempunyai punggung besar sejak dari sekolah rendah lagi.  Walaupun kawan-kawan aku selalu cakap punggung yang besar merupakan satu aset untuk jadi perempuan yang cantik, tapi aku rasa ianya sesuatu yang memalukan terutamanya bila ada mata yang memerhati bahagian tersebut. Punggung aku tak adalah besar mana pun tapi boleh dikatakan besar dari saiz yang normal untuk badan seperti aku. Perempuan barat mesti tergila-gila dengan saiz punggung yang besar sampai sanggup buat implant atau pembedahan membesarkan punggung mereka. Berlainan di kebanyakkan negara...

Aku Tanpa Contact Lens

Hanya beberapa orang saja yang tahu mata aku yang sebenar tanpa contact lens , memandangkan mata aku ni kena bergantung sepenuhnya dengan lens . Tanpa lens , aku memang jadi orang separuh buta. Aku cuma tanggalkan contact lens bila nak pergi tidur atau buat aktiviti lain yang memang tak disarankan pakai lens . Lagipun kalau nak diikutkan, pemakaian lens janganlah lebih 8 jam dalam satu hari walaupun aku selalu pakai lebih dari tu. Aku mula pakai contact lens sejak dari tingkatan 4 sekolah menengah. Sebelum ni pernah pakai cermin mata tapi mata aku tak ngam malahan merosakkan lagi mata selain menjadikan aku pening kepala nak mati. Sejak pakai contact lens , degree mata aku agak stabil dan lambat naik. Mata dengan cermin mata hanya untuk emergency situation sahaja. Tak boleh pakai lebih dari 10 minit. Ada juga sesetengah orang rasa pelik sebab mereka tak pernah tengok mata sebenar aku dan ingat mata aku jenis bermata biru memandangkan aku suka pakai contact lens warna biru. Aku ...

Aku Bukan Pilihan Baik Untuk Lelaki

Dari dulu ramai yang sangka aku ni jenis liar dan suka tarik perhatian lelaki. Tapi sebenarnya aku lah antara perempuan yang banyak lelaki tak minat, dan kalau minat pun hanya untuk suka-suka sahaja. Well , itulah kenyataan pahit yang sebenar-benarnya. Hanya segelintir lelaki yang tahu diri aku sebenar akan benar-benar okay dengan aku. Segala-gala yang aku lakukan memang tak ada kaitan pun nakkan perhatian dari lelaki seperti mana yang mereka fikirkan dan tak ada sebab yang baik kenapa mereka perlu cari perempuan seperti aku untuk dijadikan pasangan hidup mereka. Apa yang aku mahu adalah aku nak jadi diri aku yang ada kehidupan sendiri, lengkap dengan apa yang aku perlu dan boleh berdidikari. Memang pada lumrahnya aku suka tengok manusia cantik dan handsome tapi itu tak lah bermakna aku jenis yang terhegeh-hegeh. Bak kata aku sendiri, aku kan ego kalau bab macam ni. 1. Seriously, aku tak minat bab berkaitan dengan seks dengan lelaki yang gila seks. Walaupun aku liar, aku buk...