Tidak semua orang didunia ni yang memiliki sifat rendah diri, terutamanya orang yang berharta. Malahan, kebanyakan orang yang kurang berharta juga boleh berlagak sombong sedangkan mereka tidak mempunyai apa-apa yang ingin dibanggakan. Aku juga pernah tengok orang yang berjaya mencapai impian mereka tapi akhirnya mereka berubah sikap menjadi sombong dan bongkak kerana kekayaan, kerja yang lumayan serta popular dikalangan orang ramai. Entahlah, aku nak kata fenomena ni normal, memang selalu jer berlaku. Kalau sombong dengan orang yang tidak dikenali itu tak salah sebab takut terkena gangguan. Kalau sombong dengan orang yang dikenali, itu terang-terang dah salah. Hampir setiap masa, aku cuba yang terbaik untuk jadi mesra dan rendah diri. Aku juga pernah banyak kali kena layan dengan teruk oleh orang yang tidak mesra dan hanya beri layanan eksklusif untuk orang yang setaraf dengan mereka, tidak kira setaraf dari segi pendidikan, agama, kaum, dan cara pemikiran. Kadang-kadang bila terl...
Seorang yang berusaha keras menjalani kehidupan yang sederhana, berhempas pulas melarikan diri dari rasa kekosongan