Aku merasa sangat cemburu dengan orang yang cantik tak kira bila dilihat secara real life , dalam gambar dan juga video. Tak kira gambar candid sekalipun, mereka tetap kelihatan cantik. Aku juga kagum dengan wanita yang diluar sana yang menjadi model atau menyertai pertandingan ratu cantik dengan penuh keyakinan pada masa yang sama mereka bijak dari segi akademik dan memiliki moral yang tinggi. Kan bagus aku boleh jadi salah seorang dari mereka. Aku sebenarnya juga cemburu dengan wanita-wanita di luar sana yang sangat disayangi oleh pasangan mereka walaupun pasangan mereka kacak, muda dan kaya tapi sukar dirampas oleh orang lain. Tidak lupa juga wanita-wanita yang yang ada dan telah berjaya mencapai goal mereka sendiri seperti physical transformation , boleh berdidikari, boleh beli apa yang mereka mahu, boleh makeup dengan cantik, pandai dan bijak, berjaya dalam hidup serta disayangi oleh semua orang. Aku tidaklah bermaksud bercakap tentang manusia yang sempurna, kerana aku tahu...
Seorang yang berusaha keras menjalani kehidupan yang sederhana, berhempas pulas melarikan diri dari rasa kekosongan