Hi. Tak sangka sekarang kita sudah berada di tahun 2018 dan aku pun hampir mencecah 30 tahun, Banyak juga kawan-kawan yang dah kahwin selepas menamatkan pelajaran mereka di peringkat tinggi dengan berjaya. Tiada apa yang aku boleh katakan selain mengucapkan selamat tahun baru dan aku sayangkan mereka sentiasa dan mengharapkan kegembiraan mereka pada masa yang sama. Aku sayangkan kawan-kawan aku walaupun aku bukanlah kawan yang baik. Tadi, aku ada tengok balik gambar-gambar lama aku. Aku tengok gambar adik-adik aku, tempat tinggal ibu dan ayah aku di Sibu. Aku akui aku jarang menelefon mereka baru-baru ni, tapi aku sentiasa berharap mereka okay disana. Lagipun, bukanlah style kami se- family untuk tunjukkan kasih sayang kami antara satu sama lain secara depan-depan. Aku tahu, aku tidak mampu menyimpan masalah aku seorang-seorang, sebab tu blog ni wujud. Aku tak pernah bagitahu kawan aku dan family aku bagaimana cara orang lain melayan aku seperti yang aku ceritakan sebelum ni ...
Seorang yang berusaha keras menjalani kehidupan yang sederhana, berhempas pulas melarikan diri dari rasa kekosongan