Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2021

Tekanan di Tempat Kerja

Sempena cuti panjang ni tadi aku ambil kesempatan untuk menulis blog. Kalau sekarang orang lain dah pandai buat Vlog sebab ikut trend kan, aku masih lagi berada di takuk lama sebab kurang keyakinan diri nak menghadap kamera apatah lagi nak tengok muka sendiri depan cermin. Memang boleh dilihat yang aku ni dah sangat jarang nak muncul di sosial media, update status pun boleh dikira dengan jari dalam setahun. Semuanya sebab kesibukkan bekerja. Al-maklumlah kalau kerja di sektor private ni, hari Sabtu pun kena kerja. Masa rest tak dikira dalam masa kerja, apatah lagi dengan kerja yang menggunung walaupun diberi annual leave yang banyak. Aku jenis yang sangat komitmen dengan kerja sebenarnya, sampaikan masa nak tidur pun boleh plan nak buat kerja apa untuk esok. Kalau kena dengan nasib, boleh sambung dalam mimpi pasal kerja pun ada. Kadang-kadang aku sampai dah tak kisah kalau dah terbuat kerja orang lain hanya sebab tak nak sampai part kerja aku jadi stuck . Biasanya kalau kerja...

Pengalaman Pindah Rumah Baru

Aku start pindah tahun lepas. Tahun dimana aku berjaya juga akhirnya keluar dari tempat yang bukan milik aku, semua orang pasti akan merasa perit dan manisnya bila terpaksa menumpang di rumah orang lain. Begitu juga dengan aku. Walaupun rumah baru ini adalah rumah biasa-biasa jer, aku bersyukur sangat-sangat dalam usia begini sudah dapat tempat tinggal sendiri dan sudah tentu dengan kerjasama partner aku. Tanpa dia, kami tak mungkin dapat menjejak kaki sampai ke sini. Terpaksa blurkan dengan teruk atas sebab tertentu Tempat terletaknya rumah baru ni adalah di bawah Majlis Pembandaran Kota Samarahan dan paling uniknya sangat dekat dengan bandar Kuching. Biasanya orang kata Kuching ke Samarahan memakan masa 1 jam tapi tempat kami ni kira macam sebelah-sebelah jer. Sepatutnya kami dah dapat rumah ni dua tahun yang lepas tapi terpaksa tangguh setahun sebab MCO /PKP. Time tu Covid 19 melanda Malaysia dengan mengejut dan agak teruk. Nasib baik juga proses pembelian rumah masih dapat berja...

Hidup Bukan Seperti "Fairy Tales"

Suatu masa dulu, pernah viral pasal perempuan cantik ( gold digger ) dapat RM1.3 juta dari lelaki kaya a.k.a sugar daddy dan juga seorang perempuan malang kena prank RM20k oleh boyfriend dia (sekarang sudah jadi ex-boyfrien d) konon untuk test kesetiaan perempuan tu. Aku pun tak dapat nak komen lebih, hidup orangkan. Aku cuma mampu harapkan semuanya baik-baik saja. Jangan buat hal dan jangan gaduh-gaduh, kita semua dah besar panjang dan mampu berfikir baik dan buruk. Memanglah lucu, macamanalah nak sibuk dengan hal orang lain, aku sendiri pun bingung nak uruskan hal diri sendiri dengan hidup yang tak berapa teratur. Sebab tu aku memang tak ada masa nak menilai hidup orang lain, hanya sekadar tahu cerita-cerita di Facebook yang entah betul atau tidak, kadang-kadang adalah juga "berporet" sedikit dengan officemate hanya sekadar memenuhi syarat untuk bersosial dengan orang lain manakala yang selebihnya aku kembali seperti diri aku bila seorang-seorang. Mungkin sebab t...