Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2023

Tidak Semua Orang Suka Pada Kita

Aku sangat suka dikelilingi oleh orang ramai, sangat gemar disayangi oleh mereka tanpa perlu risau dikhianati. Namun untuk orang seperti aku, rasanya jauh panggang dari api. Tapi tidak mustahil untuk orang lain. Aku pernah menjadi saksi kepada situasi yang sangat aku cemburui, alangkah indahnya dilayan seperti watak utama dalam sesebuah cerita. Kadang-kadang aku malu bila memikirkan balik dulu masa zaman kecil sehingga remaja ada beberapa peristiwa yang buat aku salah faham dan perasan diri ni ada orang suka, sebagai contoh; aku pernah terambil hadiah dari kawan sekelas yang aku sangkakan hadiah hari jadi itu adalah untuk aku namun sebenarnya untuk orang lain. Mungkin bukan salah orang di sekeliling aku juga. Aku ni lahir dari keluarga yang berfikiran tertutup. Masa kecil, aku suka berkawan dengan anak-anak jiran tapi aku selalu juga dikurung dirumah kononnya ayah dan mak aku cuba menutup batas pergerakkan aku keluar masuk rumah yang tidak terkawal. Mungkin salah aku juga sebab ak...

Roda itu Berputar

Aku tak tahu apa lagi nama panggilan lain untuk "karma" atau "kifarah" atau " what goes around comes around " ni tapi aku kira bolehlah percaya dengan konsep sebegini sebenarnya, ada real-nya juga. Walaupun kebanyakkan orang akan bagitahu mungkin kejadian tu berlaku secara kebetulan, maksud aku kebetulan yang kerap terjadi depan mata aku. Pernah suatu ketika masa aku kerja sebagai juruwang di sebuah pasaraya, aku ada mengalami kerugian duit sebab berjumpa dengan pelanggan yang tidak jujur. Aku kenal pelanggan tu sebab dia pakai uniform company yang aku kenal. Masa tu aku pasrah jer kena game macam tu. Tak lama beberapa minggu macam tu, company tempat pelanggan tu kerja meletup tak tahulah disebabkan apa, company tu jual barang elektronik dan aku tak pernah jumpa dia lagi selepas kejadian tu. Aku happy sangat. Satu lagi kejadian masa ditempat kerja ada seorang officemate aku berpakat dengan kawan-kawan dia pulaukan officemate aku yang seora...

Tertekan Sampai Rasa Nak Bunuh Diri

Semakin hari kerja disini semakin sibuk pula aku. Kadang nak makan kunyap-kunyap macam tu pun tak sempat. Untunglah rakan sekerja tak nampak setengah mati macam aku ni bila kerja sampai boleh main handphone dan tengok drama memanjang. Nanti bila aku ambil posisi yang tak berapa busy sangat mudah pula kena aim ganti kerja staf lain bila cuti. Bila aku pindah ke posisi yang busy , pandai krik-krik pula situasi genting di tempat kerja aku ni. Kadang-kadang aku pun rasa macam kehidupan ni sengaja tak nak menyebelahi aku. Aku pun dah jarang sangat dah nak melukis, asal balik jer penat lepas tu tidur sampai ke next day . Nasib baik rumah sekarang aku dah rasa macam syurga sangat, mungkin sebab dah ada rumah sendiri dan rasa selesa tu memang susah nak ungkapkan.  Hari tu aku ada balik Sibu sebab nak jenguk keluarga aku. So far , okaylah sikit aku tengok kehidupan adik-adik aku dan ayah dan mak aku walaupun badan kami semua makin dimamah usia. Tak ada dah nak elegant macam dulu...