Skip to main content

Posts

Hidup Aku Perlu Vitamin C

Tidak dinafikan Vitamin C sangat penting untuk badan kita. Vitamic C boleh didapati dari makanan seperti tumbuhan dan buah-buahan. Sebagai seorang yang mempunyai resdung, Vitamin C juga sangat bagus dalam merawat dan mengurangkan penyakit Sinusitis . Ya. Aku adalah seorang pengamal supplement Vitamin C. Memandangkan aku jenis yang kurang makan sayur dan buah-buahan, aku kena ambil supplement ni sebab niat nak kurangkan penyakit resdung aku. Selepas beberapa tahun aku makan supplement ni, resdung aku berkurang dan demam pun jarang nak serang. Pengalaman paling tak best bila consume Vitamin C ni adalah rasa seksa telan pil yang bersaiz besar, dan kena banyak minum air sebab makan pil. Aku tak pasti ia akan beri kesan pada buah pinggang atau tidak, tapi nasihat dari aku better minum banyak air ( Actually aku sendiri pun tak banyak minum air).  Masa ni aku kena demam Baru-baru ni aku bercadang nak berhenti mengambil Vitamin C. Tapi kesannya sangat menyeksakan. Dalam masa se...

Tabiat Bila Jumpa Cermin Besar

Ini adalah salah satu tabiat aku bila jumpa cermin, tabiat ni tak pelik cuma ala-ala nakkan perhatian dan perasan diri cantik. Bagus jugalah UNIMAS ni, dia punya cermin tandas semua besar-besar.

Desa Ilmu Kota Samarahan

Ini adalah kali pertama aku ikut kawan-kawan kolej naik bas UNIMAS untuk ke Kampus Timur. Dari Kampus Timur ini nanti, kami akan berjalan kaki ke Desa Ilmu, tempat dimana ada kedai-kedai dan supermarket yang menjual barang keperluan. Pertama kali aku menaiki bas UNIMAS sudah rasa nak mati awal sebab si driver bawa bas macam kena kejar tsunami ditambah pula dengan kelebaran jalan UNIMAS yang kecil dan speed bump yang terlalu banyak namun tidak memberi kesan kepada kelajuan bas. Sesudah sampai di Kampus Timur, aku merasa lega sedikit sebelum mati untuk kali kedua. Kampus Timur ni kebanyakkannya untuk pelajar pra-universiti dan beberapa buah kolej ala-ala tentera dan polis, bak kata mereka, Palapes dan Suksis. Manakala tempat kami stay sekarang adalah di Kampus Barat iaitu kampus untuk pelajar degree . Kampus Barat sangat cantik dengan permandangan tasik, jambatan dan boleh buat pelbagai aktiviti yang sihat disini. Dari Kampus Timur ke Desa Ilmu agak memenatkan bagi aku sebab kena...

Kehidupan Baru di Kampus UNIMAS

Hi. Aku rasa inilah antara rekod untuk tempoh terpanjang aku tak update blog . Aku memang tak ada masa sekarang ni sebab aku dapat tawaran sambung belajar di UNIMAS. Inilah kehidupan baru aku sekarang yang perlu aku adaptasikan sehingga berjaya habiskan degree . Since UNIMAS terletak di Kota Samarahan, aku rasa gembira sebab tak jauh dari Kuching, cuma dalam 40 minit sahaja. Gambar style duck face ala-ala Myspace profile photo Aku telah ditawarkan dalam Fakulti Sains dan Teknologi Sumber. Jangan terpedaya dengan nama program dalam bahasa Melayu ya, sini semua guna bahasa International. So , kalau nak masuk UNIMAS, bahasa Inggeris kena mantap sikit, jangan jadi macam aku tiba-tiba jadi robot. Kali pertama aku masuk UNIMAS, aku ingat aku akan seorang-seorang tapi tak sangka kawan-kawan dah makin bertambah cuma yang malangnya, untuk program Bioteknologi ni, cuma tinggal aku seorang-seorang jer. Itupun masuk semester pertama, aku kena selit dengan group senior yang langsung aku tak ken...

Ke Bintulu Untuk 30 Minit

Bayangkan masa perjalanan dari Mukah ke Bintulu memakan masa lebih kurang 5 jam. Ulang alik dah 10 jam. Kalau ikut jalan darat memang berasap juga bontot duduk ni. Sebab rindu nak datang Bintulu, aku rela ikut family yang ada urusan bank hanya semata-mata untuk tengok view baru Bintulu. Sebab bukan apa, aku teringin pula nak tengok area Tanjung Batu dan Tanjung Kidurung. Dulu pernah pergi tapi itu 6 tahun yang dahulu. Bila datang balik, dah banyak benda yang dah berubah.. Bintulu sekarang pun dah makin maju dan orang-orang dekat sana memang ramah dan nampak baik. Kawasan tanjung pun dah makin cantik.. Tapi malangnya hanya dapat lepak tak sampai satu jam pun.. sebab hari pun dah makin lewat.. Anyway , ada masa nanti harap-harap boleh datang sini lagi.