Skip to main content

Posts

K11, Pusat Karaoke Paling Best di Kuching

Memandangkan minggu ni adalah minggu sepatutnya kami belajar sebelum ujian bermula, aku dan kawan-kawan dah merancang nak pergi karaoke untuk buang segala mak datuk stress dan enjoy sebanyak yang mungkin sebelum mati dalam peperangan ujian akan datang. Sebenarnya, sebelum ni aku pernah pergi ke pusat karaoke di tempat lain tapi harganya ya ampun mahal nak mampus dan sangat tak berbaloi sebab mereka tetapkan harga berdasarkan per hour dan bukan per room. Sehinggalah kami cuba karaoke di K11. Bak kata, sekali cuba nak lagi. Harga pula sangat berpatutan lebih kurang RM40 selama 6 jam dalam satu bilik dan percuma 2 minuman! Selalunya aku dan kawan-kawan pergi dalam ber-empat atau ber-enam untuk satu bilik. Aku ada ujian TMX esok dan masih boleh berpesta

Aku Join Pertandingan Ala-ala Kumang Gawai

Aku ingat aku dah post at least satu entri dalam dalam bulan ni tapi bila aku pergi cek balik, rupa-rupanya aku belum post apa-apa pun baru-baru ni. Aku pun dah jadi mak cik babo dah. Aku taklah sibuk sangat sebenarnya, cuma aku rasa malas nak pergi online . Tak lama lagi, perayaan Gawai pun nak menjelang tiba. Pada masa yang sama aku masih ada seminggu sebelum cuti dan study week . Bertuahlah orang yang boleh balik rumah untuk cuti perayaan lagi-lagi rumah dekat Samarahan dan Kuching. Aku pula susah sangat nak balik atas faktor nak jimat duit dan guna masa yang ada untuk belajar sebelum pergi berperang. Kira okay lah tu terpaksa berkorban, nanti kena cakap dengan orang pula aku jadi bodoh sebab tak belajar. Baru-baru ni aku ada join aktiviti universiti since tak boleh nak fokus dengan study 24 jam. Demi merit, aku terpaksa masuk pertandingan ala-ala Kumang Gawai. Aktiviti tu kalau tak silap dipanggil sebagai Pertandingan Ratu Etnik yang dijalankan di kolej Allamanda, jira...

Gambar Paling Comel

Aku sebenarnya berasa malu dengan gambar ni sebab aku kategorikan gambar ni jenis gambar tak jadi. Tapi bila diperhatikan balik, aku rasa comel pula gambar ni, siap ada photobomb lagi. Walaupun dengan muka tak ready, aku rasa peristiwa disebalik gambar ni indah sangat terutamanya dengan kawan-kawan dan keluarga angkat.

Cerita aku di Makmal Bioteknologi

Hari Khamis yang lepas, hari dimana aku pergi ke makmal untuk buat eksperimen. Time tu aku telah ikut kumpulan senior untuk buat Plant Transformation Experiment Using Naturally Occuring Biological System : Agrobacterium tumefaciens . LOL. Biotechlogy things bak kata. Asal bosan jer ambil gambar glove Pada masa yang sama, aku rasa sedih dan keseorangan sebab aku disisihkan oleh group senior aku. Mereka nampaknya lebih suka buat eksperimen dengan kawan-kawan mereka sendiri, sedangkan aku cuma jadi pemerhati sebab kalau nak tolong pun kena complain , maybe sebab aku junior kot. Alahai, mereka tak tahu ker yang aku ni dah banyak kali pergi ke pelbagai jenis makmal dan deal dengan pelbagai jenis machine , handle liquid , sample dan semestinya aku tahu apa peraturan boleh dan tak boleh dilakukan sewaktu di makmal, cara kendalikan alatan makmal, kira dilution dengan betul tanpa serabut, cara pipetting dan sebagainya.   Hanya kerana mereka melayan aku seperti orang luar yang tidak...

Lawatan Sambil Belajar di Muzium Kuching

Jadual aku sekarang ni penuh dengan kepelbagaian aktiviti dianjurkan oleh kolej di Universiti tempat aku belajar. Kadang-kadang sampaikan masa belajar aku pun jadi terhad tapi terpaksa juga aku korbankan demi merit untuk aku stay di kolej pada semester depan. lagipun hidup di kolej tak lah teruk sangat asalkan kita ditemani rakan-rakan dan tidak kesunyian. Bayangkan esok aku ujian midterm tapi hari ni masih mampu keluar bermain bersama rakan se-kolej.  Aku akui aku masih stuck dalam menyeimbangkan hidup sebagai pelajar sama ada perlu study lebih atau buat aktiviti kolej lebih. So far , aku cuma berlagak okay dan gembira sahaja sebab tiada cara lain untuk keluar dari masalah ni. Ada masanya aku sentiasa ingatkan diri aku untuk buat persediaan sebelum mati menempuh ujian. Semester ni pun aku ada ambil subjek TMX yang berkaitan dengan software dan hardware komputer, pasal web 1.0 dan 2.0, topology , HTML code, XHTML code boleh pecah kepala dibuatnya.  Gambar ni aku ambil ...