Skip to main content

Posts

Aku Benci Kau

Orang selalu tengok aku jenis yang Happy-Go-Lucky dan tidak suka masuk campur selagi urusan itu tidak berkaitan dengan aku. Aku sebenarnya tidak suka membenci orang sebarangan tapi kadang-kadang aku susah nak kawal perasaan marah aku dengan sesetengah orang ni. Maksud aku, kebencian itu dimana-mana saja, tak kira betapa rapatnya kita rasa kita dengan tuhan. Aku bukan jenis yang mudah melemparkan kebencian kepada orang lain, kerana aku tidak suka buat orang lain terluka. Kebencian itu muncul bila mereka dulu cuba buat hal dengan aku. Sekalipun jika ada berlaku masalah, aku lebih suka mereka datang dan bagitahu hal yang sebenar depan aku berbanding bagitahu dengan orang yang tak ada kaitan dengan aku.  Satu perkara pasal aku bila aku dah mula tak sukakan seseorang tu ialah aku tidak pernah berpura-pura menyukai mereka atau bercakap manis di hadapan mereka. Benda yang paling ketara yang akan aku lakukan ialah aku akan cuba mengelak berjumpa dengan mereka apatah lagi bercakap den...

Mimpi Manis

Malam semalam, aku ada bermimpi. Ia merupakan mimpi yang paling manis yang pernah aku ingat, Ia berlaku dengan pantas dan aku hampir-hampir nak nangis bila terbangun tengah malam tu dan dapat tahu rupa-rupanya ia hanyalah sekadar mimpi. Mana tidaknya, mimpi manis yang aku alami adalah mimpi pasal percintaan dengan lelaki yang tidak mungkin jadi kenyataan, dimana aku berkahwin dan bercinta dengan " Prince Charming ". Waseh, macam melampau-lampau pula mimpi ni ya. Tapi, mimpi aku ni bukanlah mimpi basah, LOL . Tak ada kaitan dengan seks cuma mimpi mengenai si " Prince Charming " yang mengambil berat tentang aku, dan ia sesuatu yang sangat terharu bagi aku. ( FYI , " Prince Charming " dalam mimpi sangat Super Hot and kaya OMF ). Aku ingat dalam mimpi tu, dia hantar beberapa mesej yang ditulis pada helaian kertas kecil kepada aku melalui orang gaji dia, mengatakan betapa cintanya dia dengan aku. Waseh! Bestnya dapat lelaki macam tu. Dalam realitinya ...

Kerja Berat

Baru-baru ni aku terlalu sibuk dengan kerja aku. Aku ada 3 jenis tugasan yang berbeza dengan satu posisi kerja yang sama, tapi aku gembira bekerja dengan pihak syarikat sebab sudi meletakkan kepercayaan kepada aku untuk siapkan kerja yang penting, atau mungkin sebab tak ada orang lain yang nak buat kerja yang banyak macam tu kalau aku berfikir dari sudut negatif. Satu-satunya masa yang aku ada di rumah adalah sebelah malam sampai awal pagi sahaja, selebihnya semua dihabiskan di tempat kerja. Hujung minggu pun aku selalu keluar dan jarang ada di rumah. Sampaikan dirumah, aku tak ada masa bersihkan. Nasib baik cuma rumah tumpangan tapi kena berhati-hati juga sebab takut ada mulut puaka dan mata 1,000 megapixel memerhati. Tapi, aku tak lah sampai jadi pengotor. Tahu-tahu sajalah bukan aku seorang tinggal di sini juga, tapi yang jadi mangsa entah kenapa asyik aku. Ada masanya aku terpaksa lupakan hal di rumah dan fokus dengan kerja saja. Walaupun kerja aku biasa-biasa dan bukan standard ...

Diri Aku yang Jauh dari Kesempurnaan

Aku merasa sangat cemburu dengan orang yang cantik tak kira bila dilihat secara real life , dalam gambar dan juga video. Tak kira gambar candid sekalipun, mereka tetap kelihatan cantik. Aku juga kagum dengan wanita yang diluar sana yang menjadi model atau menyertai pertandingan ratu cantik dengan penuh keyakinan pada masa yang sama mereka bijak dari segi akademik dan memiliki moral yang tinggi. Kan bagus aku boleh jadi salah seorang dari mereka. Aku sebenarnya juga cemburu dengan wanita-wanita di luar sana yang sangat disayangi oleh pasangan mereka walaupun pasangan mereka kacak, muda dan kaya tapi sukar dirampas oleh orang lain. Tidak lupa juga wanita-wanita yang yang ada dan telah berjaya mencapai goal mereka sendiri seperti physical transformation , boleh berdidikari, boleh beli apa yang mereka mahu, boleh makeup dengan cantik, pandai dan bijak, berjaya dalam hidup serta disayangi oleh semua orang. Aku tidaklah bermaksud bercakap tentang manusia yang sempurna, kerana aku tahu...

Ketakutan Melampau Terhadap Golongan Fanatik

Aku seorang yang takut dengan ketaksuban kepada kepercayaan sebenarnya. Aku takut bila ketaksuban tersebut menyebabkan keganasan terjadi. Ada sesetengah perkara juga boleh membuatkan aku kurang percaya dengan kepercayaan yang kononnya menjadikan seseorang itu baik, kerana aku selalunya judge orang berdasarkan apa yang mereka percaya, sebagai contoh melakukan gangguan atau harassment kerana orang lain kerana tidak mengikut apa yang dia percaya. Hampir semua orang berpura-pura buat kebaikan kerana mereka takutkan hukuman dari apa yang mereka percaya. Bayangkan suatu hari nanti mereka hilang kepercayaan dengan mengejut dan tidak boleh terima hakikat daripada itu. Bayangkan apa yang akan mereka lakukan kepada orang lain dan persekitaran mereka. Dalam pada itu juga, ada juga yang memang betul-betul baik tidak kira orang itu kuat berpegang pada kepercayaannya atau tidak. Kandungan dalam setiap kepercayaan hanyalah sebagai pendorong untuk mereka meneruskan tujuan hidup, membantu mereka dalam...