Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Perempuan Bertudung

Kali ni aku nak cerita pasal perempuan bertudung yang berperangai baik. Bukan nak bagi orang lain salah sangka, aku sebenarnya tidak anti dengan orang yang menutup aurat atau berpakaian sopan. Aku anti dengan orang yang berperangai dan mulut tak elok yang tak sesuai langsung dengan penampilan mereka. Sebelum ni, pengalaman aku pernah berjumpa dengan beberapa orang yang berpakaian tertutup (salah seorang mereka baru nak berhijrah bertudung) tiba-tiba datang memperli aku di dalam kelas. I was like, what the fuck! Seriously, aku tak ada kacau diorang pun. Kalau dapat di- rewind semula peristiwa tu, nak jer aku tunjukkan betapa puakanya mulut diorang. Salah seorang dari mereka, aku ada letak dalam salah satu entri aku ni. Kebetulan pada waktu tu, kawan-kawan aku yang non-muslim sentiasa bersama aku, sokong aku dan berkata yang baik-baik dengan aku bila aku ditimpa musibah macam ni. Sehinggalah aku sambung belajar ke peringkat yang lagi tinggi, aku berdepan pula dengan situasi ...

Orang yang Suka Melabel Perempuan Murahan

Sangat ramai yang suka mendefinisikan "perempuan murahan" dari segi cara pemakaian mereka serta menampilan mereka. Namun hanya sedikit yang mahu ambil peduli dengan attitude serta personaliti seseorang. Bagi mereka, penampilan melambangkan diri seseorang. Khasnya untuk kebanyakkan typical Malaysian . Cara pemikiran mereka yang agak sempit menjadikan pendapat mereka langsung tidak mengena dengan perkara yang sebenarnya terjadi. Dicedok dari Google Image filem Amira & Sam Ada banyak jenis perempuan dalam dunia ni, dengan penampilan yang cantik tapi perangai yang buruk macam; Kalau kata-katanya kotor, suka melenting, menyumpah seranah, mengumpat dan menyebarkan fitnah. Begitu juga yang merasakan dirinya sombong dan riak bila menganggap dirinya alim atau holy dan sentiasa memandang rendah pada orang yang tidak setaraf dengannya. Bagaimana pula dengan pemalas? Buat apa yang dia dan masyarakat rasa wajib perlu dibuat namun bila disebut pasal memasak, tolong mak ayah, kemas ...

Khas untuk Insan Bernama KAWAN

Malam ni aku baru lepas berborak dengan kawan rapat sama UNIMAS. Punyalah panjang cerita, mungkin sebab lama tak jumpa. Lama juga tak lepak dengan kawan-kawan lama. Sejak aku menghabiskan sisa-sisa last semester ni, jarang jumpa kawan untuk lepak sebab masing-masing dah ada laluan sendiri. Aku pun selalu dah jadi alien masuk kelas orang sampai naik muak dah sebab jadi lone ranger . Kalau nak tahu, aku ni jenis yang tak ramai kawan. Bukan sebab aku memilih atau apa, tapi nak cari yang sekepala tu susah sebenarnya. Lagipun aku bukan kaki mengumpat, mungkin sebab tu kot ramai yang tak nak kawan dengan aku. Ecehh. Bestnya bila kawan tak ramai ni, senang nak fokus seorang demi seorang. Jadi amat mudah bila berbuat baik dan menghargai orang disekeliling. Aku ni pernah jadi anti-sosial masa sekolah menengah. Alaaaa, bukan anti mana pun, cuma tak laku dalam bab bersosial. Nampak jer muka macam liar tapi hati sunyi. No wonder , sampai umur pertengahan 20 baru tahu nak berkawan dengan...

Gangguan Seksual Tak Kira Pakaian Apa yang Dipakai

Sudah terlalu ramai orang yang memberi pandangan bahawa perempuan seksi dan berpakaian menjolok mata penyumbang utama kepada gejala rogol dan gangguan seksual. Mungkin ia ada sedikit logik kerana berpakaian menjolok mata boleh memberangsangkan nafsu lelaki. Namun begitu, ada juga pernah berlaku perempuan yang berpakaian sopan terlibat dalam kes rogol cuma jarang sahaja diperdengarkan di media-media masa atau sengaja ditutup untuk menyembunyikan kebenaran. Aku sebagai seorang perempuan juga tidak terkecuali pernah kena gangguan seksual. Pengalaman gangguan seksual yer, bukan pengalaman kena rogol. Tapi yang peliknya benda tu terjadi masa aku berumur 7 tahun atau masa aku masih budak-budak. Time sekolah menengah pun pernah kena dengan pelajar lelaki senior. Bayangkan sepanjang usia aku masa tu, aku tak pernah pakai pakaian menjolok mata, aku cuma berada di tempat public dan kawasan sekolah tapi kenapa ada lelaki yang masih suka kacau dan mengganggu secara seksual? Aku masih ing...

Jangan Menilai Perempuan Sebarangan

Hari tu aku ada Google pasal jenis-jenis perempuan then terjumpalah satu blog cerita yang hebat pasal perempuan seolah-olah macam dah expert . Aku tak lah nak melenting pun, cuma mungkin pandangan blogger tersebut agak kurang tepat kalau setakat menilai perempuan tu dari pandangan mata kasar dia jer. Contohnya aku. Jika berdasarkan cara aku berfesyen, gaya dan pandangan rupa dan sebagainya yang dilihat secara fizikal memang tak dinafikan aku pernah dicop sebagai playgirl atau wild -lah sangat dan paling banyak pun orang cakap aku ni jenis yang banyak boyfriend or selalu bertukar-tukar boyfriend . Rasa lawak pun ada sebab yang sebenarnya aku ni jenis nerd kalau dikaitkan relationship dengan lelaki. Seriously noob ! Memang aku juga jenis perempuan yang bebas dan bukan sahaja jenis open minded dalam politik atau mana-mana idea tapi dalam segala hal. Tidak bermaksud juga aku jenis yang mudah dibawa "main" oleh mana-mana lelaki dengan sesuka hati. Nak kata perempuan je...