Skip to main content

Posts

Partner Lain Bangsa

Banyak juga yang suka bertanya kepada aku, kenapa aku tak nak pilih lelaki yang sama bangsa dengan aku aka lelaki berbangsa melayu untuk dijadikan pasangan, bla bla dan sebagainya. Aku dah tak ingat apa jawapan yang aku bagi dekat diorang tapi yang pasti ianya bukanlah satu jawapan yang betul sebab aku ni jenis jawab sebarang jer kalau kena tanya soalan yang tak dijangka-jangka. Lagipun aku tak sangka juga wujudnya soalan-soalan yang macam tu apatah lagi ditujukan kepada aku. So, maybe sebab tu aku cuma main jawab jer ikut apa yang terlintas di permikiran aku masa tu.  Sebenarnya, kalau nak diikutkan aku tak ada pun jawapan untuk soalan macam tu. Aku tak ada sebab pun tak nak pilih lelaki Melayu dan tak ada sebab nak pilih lelaki bukan Melayu untuk dijadikan pasangan aku. Kalau nak diikutkan, bangsa dan agama langsung bukan dalam senarai requirement untuk aku jatuh cinta. Bahkan aku tak rasa pun jantina perlu ditentukan untuk memilih pasangan. Apa yang aku lihat pada seseora...

Trend Jaga Aib yang Mengarut

Sumber gambar dari Google Image Fenomena di Malaysia sekarang ni adalah berkaitan dengan "aib" atau dark side setiap manusia kiranya gitew. Sering kali aku terbaca adalah si sanuk-sanuk ni cakap "tak perlulah ceritakan segala hal-hal aib, sebarkan aib dan bla bla" acah diri suci. Kalau rasa tak suka, kalau rasa malu dengar aib pasal orang, mohon diamkan diri dan jangan masuk campur. Itulah cara terbaik dari tiba-tiba menjengah tanpa diundang lepas tu pergi complain pula macamlah orang suka dia ada di situ. Kadang-kadang, bila kita ceritakan pasal sesuatu pada orang lain, kita mahu yang lain belajar dari pengalaman kita dan memberi amaran akan sesuatu agar kejadian tidak diingini tidak berulang lagi. Kenapa nak simpan aib orang yang jahat yer? Kita pun bukannya menyebar cerita fitnah atau melakukan penipuan. Kalau sekalipun menipu atau memfitnah, boleh jer buat laporan polis atau saman, yang penting bukti yang kita tak menipu tu ada. Spesis acah suci ni, kalau nak ...

Perkahwinan Tanpa Restu Keluarga

Aku selalu dengar kawan dan orang-orang disekeliling aku cakap yang kahwin tanpa restu keluarga ni tak akan berkekalan. Mereka percaya konsep restu adalah satu-satunya cara untuk mengelak dari kecelakaan dan masalah rumah tangga di masa hadapan. Aku kasihan dengan cara mereka berfikir macam ni dan lebih membimbangkan jika mereka mengajar anak-anak mereka dengan teori yang semestinya tidak tahu pokok pangkal betul atau salah. Bayangkan saja generasi sebegini akan mempengaruhi keturunan kita yang tiada kaitan ini. Adakah perlu meminta izin dari keluarga instead of memberitahu saja kepada mereka?  Bagi aku, sekalipun perkahwinan direstui 7 keturunan keluarga, kalau sepatutnya pasangan itu bercerai, memang akan bercerai juga di akhir cerita. Jadi, konsep restu itu tidak boleh diguna pakai untuk sesuatu perkahwinan yang kekal. Sekiranya restu itu hanya sekadar khabar gembira atau makluman kepada keluarga, mungkin aku boleh terima sebab masyarakat kita masih menggunakan istilah te...

Stereotype Orang Sarawak

Aku terjumpa ni masa aku tengah scrolling Facebook wall aku. Gambar di bawah ni adalah di post oleh sepupu partner aku, dia complain pasal seseorang yang bercakap pasal tanah yang  sepatutnya milik bla bla serta bercakap macam orang tersebut tidak tahu nak hormat agama dia. Dia pun bidas dengan mengatakan tanah di dunia ni sepatutnya milik tuhan, dan bukan milik untuk spesifik kaum dan agama.   Aku sebenarnya bersetuju dengan sedikit point dia pasal tanah bukan milik untuk satu-satu kaum saja. Tapi bila aku start baca komen dia dengan kawan dia seperti gambar dibawah, aku jadi sentap sekejap.  Kadang-kadang aku rasa kecewa dengan dia ni, dia baik dan mesra tapi baik pun memang akan ada kekurangannya. Oh ya, untuk pengetahuan korang, "kirian", "killiang", "kiliang" atau "kireng" bermaksud Melayu dalam bahasa Bidayuh. Sepupu partner aku ni sebenarnya banyak kawan Muslim dan aku rasa kawan-kawan dia maybe tak tahu sangat pasal komen untuk ...

Kami Pergi Ke Kampung Mak

26 haribulan Januari yang lalu, aku, ayah aku dan adik ketiga aku bercadang nak melawat mak aku di Rumah Bala (bekas rumah panjang Iban yang terbakar beberapa tahun yang lalu) yang terletak berhampiran dengan Sungai Buluh Selangau. Sebenarnya memang rutin ayah aku akan ke sana setiap minggu untuk berjumpa dengan mak aku, untuk bagi dia sedikit makanan dan duit sebagai bekalan. Mak aku dan ayah aku lama dah tak stay sama-sama semenjak ayah aku pindah ke Dalat.  Masa ni ayah aku belikan aku laptop baru dan aku terfikir nak bawa balik jumpa mak aku di kampung Sebelum kami berangkat ke kampung mak aku, kami bercadang nak melawat rumah parent aku di Sibu Tempat ni adalah kebun Aunty Lia Aku sangat suka bermain di sungai ni masa kecil, aku masih ingat aku selalu turun ke sungai ni bersama sepupu aku tak kira air pasang atau surut. Ni adalah kampung mak aku, diorang masih dalam recovery nak pulihkan kampung ni balik selepas terbakar suatu ketika dahulu. Alangkah bagusnya kalau aku kaya, ...