Skip to main content

Posts

Ke Arah Kehidupan yang Lebih Baik

Bulan ni blog aku belum lagi ber- update . Sejak dah habis study ni, aku ada malas sikit nak online pakai laptop , maklumlah laptop hanya perlu untuk main game dan buat assignment . Setakat ni aku belum ada benda menarik nak dikongsikan. Maksud aku kehidupan personal aku berjalan dengan lancar sahaja, tidak apa berlaku apa-apa masalah. Kalau dulu punyalah stress dengan masalah peribadi ditambah lagi prestasi pelajaran yang berjalan ibarat roda, sekarang ni dah baik-baik saja. Aku rasa sepanjang masa aku bergelar pelajar, hidup aku cukup terumbang-ambing sebab tidak pasti bagaimana masa depan aku. Aku sentiasa risau kalau-kalau aku gagal dalam hidup hanya kerana aku tidak berjaya habiskan pelajaran aku. Bab kahwin ni masih jauh lagi perjalanan aku. Walaupun bersama dengan partner dah 5 tahun, kami masih diibaratkan pasangan setahun jagung. Mungkin sebab masing-masing masih berusaha mencari rezeki yang bagus. Diharap hubungan ini berkekalan sampai bila-bila, dan setakat ni banyak l...

Pendapat aku sebagai pelajar degree dalam Sains

Pejam celik pejam celik masa pun berlalu, lama juga sejak dah habis belajar ni. Time masa mula-mula masuk ambil course degree dalam Biotechnology , aku ingatkan aku akan minat dengan apa yang aku pilih sebab masa diploma course yang aku ambil dulu seakan-akan sama dengan yang degree tapi sebenarnya tak sama langsung walaupun title certain-certain subjek sebijik dan sebulat. Pernah juga terfikir nak tukar course atau berhenti tapi bila tengok muka bapak aku bangga anak dia masuk universiti ambil course ni, aku sanggup gadaikan masa untuk memaksa diri aku belajar benda yang aku tak minat. Guess what ? Akhirnya dapat juga aku habiskan belajar walaupun pernah ditegur oleh lecturer aku dulu "kamu explain lebih kepada diseases , bukan fokus kepada cell tissue " sebab aku masih terbawa-bawa apa yang aku telah belajar masa diploma dulu. Memang diakui, belajar pasal Biotechnology ni kalau tak minat sangat susah nak faham dan mostly student hanya belajar untuk lulus. Ada ...

Peduli atau Tidak Peduli?

Salah satu cara orang zaman sekarang buat untuk happy -kan hidup mereka adalah dengan tidak mengambil peduli hal-hal luar seperti kesusahan orang lain, hal politik, hal negara dan sebagainya yang tiada kaitan dengan mereka. Namun keburukan nak jadi orang " positive " ni adalah sikap mereka yang pentingkan diri sendiri kerana slogan "I don't care " mereka. Memang benar sekarang ni apa yang kita lihat tak semestinya benar apatah lagi yang dilihat di media sosial. Kadang-kadang bila nak jadi orang yang mengambil berat tentang perkara yang berlaku di sekeliling, kita selalu ditipu oleh rencana kesusahan orang luar dan kebajikan orang politik. Sampailah kita rasa kita tertekan dengan orang yang memerhati tingkahlaku kita, dan mentertawakan kita sekiranya kita tertipu. Tapi, bila kita ambil langkah tidak peduli, pasti akan ada orang yang betul-betul susah dan perlukan pertolongan serta perhatian kita. Kalau zaman dulu, nak jadi manusia just straigh t jer. Zam...

Dilemma Isteri atau Emak?

Tajuk diatas merupakan satu fenomena yang biasa berlaku dalam sebuah kekeluargaan. Family mana yang tak ada masalah, kemana-mana tempat pastinya ada saudara mara yang sampai bila-bila tak akan sukakan kita. Cuma kali ni, aku lebih suka sentuh bab isteri dan ibu sebab ianya melibatkan hanya seorang lelaki tapi memegang dua gelaran, iaitu anak lelaki dan juga suami. Seringkali masyarakat selalu menyalahkan menantu jahatlah, mak mertua macam celakalah tapi jarang sebut tanggungjawab suami, yang merupakan punca sebenar masalah tersebut. Hubungan kekeluargaan antara menantu dan ibu mertua adalah dihubungkan oleh suami namun suami seringkali lepas tangan dengan beralasan sibuk bekerja dan sebagainya. Apatah lagi bila tinggal bersama dalam satu keluarga besar. Bila masalah sebegini berlaku, lelaki atau suami perlu memainkan peranan mereka dan bukannya memburukkan lagi keadaan. Seperti yang orang ni menyebut " Ibu lebih penting dari isteri, suami lebih penting dari keluarga iste...

Orang yang Allergik Makan Daging Lembu

Hi. Rasanya, di Sarawak mungkin masih ada orang yang masih ber- mood Gawai almaklumlah hari ni hari Gawai yang ketiga. Start musim perayaan memang pelbagai jenis makanan yang disajikan disetiap rumah. Bila berjalan dengan kawan-kawan, memang sentiasa ada diantara mereka yang rambang mata. Mungkin kali ni aku boleh dikecualikan sebab aku allergik pada daging especially daging haiwan empat kaki macam lembu, kambing dan rusa. Mungkin ada sesetengah mereka yang normal menganggap orang macam aku ni susah nak "bagi hidup" sebab memilih dalam bab makanan. Well , bukan aku minta semua ni terjadi. Namun begitu, aku bukanlah jenis yang memberontak atau tetap nak makan walaupun allergik. Aku rasa bersyukur sebab tak makan haiwan yang comel-comel, dan mungkin hikmahnya lebih bagus disebalik kekurangan aku ni. Aku juga jenis Lactose Intolerance iaitu manusia yang tak boleh mengambil susu haiwan macam susu lembu sebagai minuman dan makanan. Sekirannya aku ambil juga, aku akan muntah kal...