Skip to main content

Posts

Coretan Sebagai Alumni UNIMAS

First aku nak ucapkan selamat hari konvokesyen kepada semua pelajar yang telah berjaya menghabiskan pelajaran mereka di mana-mana universiti khususnya di UNIMAS. Selamat menjadi alumni UNIMAS buat aku juga, cuma yang bezanya antara aku dengan yang lain ialah aku tak datang meraikan hari konvokesyen aku. Aku tak tahu berapa ramai lagi macam aku ni sampai staff dekat kaunter UNIMAS pun tanya kenapa tak datang konvo. Memang aku ada hati nak pergi konvokesyen aku. Pakai jubah dan topi segi empat, bergambar dengan mak dan ayah. Auw, dah imagine dah.. Indah sangat tapi tak apalah. Mimpi tu biarlah kekal sebagai mimpi. Nak datang konvokesyen ni bukan murah seringgit dua pun. Aku yang tak datang konvo kena bayar rm100, yang pergi konvo bayar dalam rm160. Walaupun ramai yang anggap setakat rm60 tu apalah sangat. Well , bagi aku itu dah cukup buat mak dan ayah aku terpaksa ikat perut seminggu. Belum lagi dengan kos tempat penginapan, makan minum, transport since family aku duduk ja...

Aku Bukan Gadis FANCY

Memang lumrahnya perempuan sangat suka pada kecantikkan dan barang-barang perhiasan tapi tak semuanya bernasib baik untuk memiliki apa yang mereka mahu. Semua tu, hot stuff dan maintenance untuk kecantikkan diri memang banyak perlukan duit. Tidak terkecuali aku. Kalau bab kecantikkan dalaman, aku memang terpaksa pentingkan dulu. Tapi bila bab-bab barang kemas, baju cantik, kasut tinggi, makeup , dan sebagainya, aku kadang-kadang tak kisah. Kalau ada, baguslah. kalau tak ada, apa boleh buat. Kadang-kadang keluar rumah selamber badak tak pakai apa-apa dekat kulit muka kecuali sedikit toner , pelembap muka atau UV sunblock . Kalau bab pakaian, akulah antara perempuan yang balik-balik pakai baju yang sama. Aku tak ada kasut-kasut yang mahal-mahal macam kawan-kawan aku dulu sampai setiap kasut dia sama warna baju dia (korang bayangkan kasut dia ada berapa). Aku punya wallet macam orang dah ketinggalan zaman, murah dan tengah-tengah tempat letak duit tu koyak rabak sekarang ni. Sampaikan a...

Ke Arah Kehidupan yang Lebih Baik

Bulan ni blog aku belum lagi ber- update . Sejak dah habis study ni, aku ada malas sikit nak online pakai laptop , maklumlah laptop hanya perlu untuk main game dan buat assignment . Setakat ni aku belum ada benda menarik nak dikongsikan. Maksud aku kehidupan personal aku berjalan dengan lancar sahaja, tidak apa berlaku apa-apa masalah. Kalau dulu punyalah stress dengan masalah peribadi ditambah lagi prestasi pelajaran yang berjalan ibarat roda, sekarang ni dah baik-baik saja. Aku rasa sepanjang masa aku bergelar pelajar, hidup aku cukup terumbang-ambing sebab tidak pasti bagaimana masa depan aku. Aku sentiasa risau kalau-kalau aku gagal dalam hidup hanya kerana aku tidak berjaya habiskan pelajaran aku. Bab kahwin ni masih jauh lagi perjalanan aku. Walaupun bersama dengan partner dah 5 tahun, kami masih diibaratkan pasangan setahun jagung. Mungkin sebab masing-masing masih berusaha mencari rezeki yang bagus. Diharap hubungan ini berkekalan sampai bila-bila, dan setakat ni banyak l...

Pendapat aku sebagai pelajar degree dalam Sains

Pejam celik pejam celik masa pun berlalu, lama juga sejak dah habis belajar ni. Time masa mula-mula masuk ambil course degree dalam Biotechnology , aku ingatkan aku akan minat dengan apa yang aku pilih sebab masa diploma course yang aku ambil dulu seakan-akan sama dengan yang degree tapi sebenarnya tak sama langsung walaupun title certain-certain subjek sebijik dan sebulat. Pernah juga terfikir nak tukar course atau berhenti tapi bila tengok muka bapak aku bangga anak dia masuk universiti ambil course ni, aku sanggup gadaikan masa untuk memaksa diri aku belajar benda yang aku tak minat. Guess what ? Akhirnya dapat juga aku habiskan belajar walaupun pernah ditegur oleh lecturer aku dulu "kamu explain lebih kepada diseases , bukan fokus kepada cell tissue " sebab aku masih terbawa-bawa apa yang aku telah belajar masa diploma dulu. Memang diakui, belajar pasal Biotechnology ni kalau tak minat sangat susah nak faham dan mostly student hanya belajar untuk lulus. Ada ...

Peduli atau Tidak Peduli?

Salah satu cara orang zaman sekarang buat untuk happy -kan hidup mereka adalah dengan tidak mengambil peduli hal-hal luar seperti kesusahan orang lain, hal politik, hal negara dan sebagainya yang tiada kaitan dengan mereka. Namun keburukan nak jadi orang " positive " ni adalah sikap mereka yang pentingkan diri sendiri kerana slogan "I don't care " mereka. Memang benar sekarang ni apa yang kita lihat tak semestinya benar apatah lagi yang dilihat di media sosial. Kadang-kadang bila nak jadi orang yang mengambil berat tentang perkara yang berlaku di sekeliling, kita selalu ditipu oleh rencana kesusahan orang luar dan kebajikan orang politik. Sampailah kita rasa kita tertekan dengan orang yang memerhati tingkahlaku kita, dan mentertawakan kita sekiranya kita tertipu. Tapi, bila kita ambil langkah tidak peduli, pasti akan ada orang yang betul-betul susah dan perlukan pertolongan serta perhatian kita. Kalau zaman dulu, nak jadi manusia just straigh t jer. Zam...