Skip to main content

Posts

Buat Baik Perpada-pada

Tidak semua orang didunia ni yang memiliki sifat rendah diri, terutamanya orang yang berharta. Malahan, kebanyakan orang yang kurang berharta juga boleh berlagak sombong sedangkan mereka tidak mempunyai apa-apa yang ingin dibanggakan. Aku juga pernah tengok orang yang berjaya mencapai impian mereka tapi akhirnya mereka berubah sikap menjadi sombong dan bongkak kerana kekayaan, kerja yang lumayan serta popular dikalangan orang ramai. Entahlah, aku nak kata fenomena ni normal, memang selalu jer berlaku. Kalau sombong dengan orang yang tidak dikenali itu tak salah sebab takut terkena gangguan. Kalau sombong dengan orang yang dikenali, itu terang-terang dah salah. Hampir setiap masa, aku cuba yang terbaik untuk jadi mesra dan rendah diri. Aku juga pernah banyak kali kena layan dengan teruk oleh orang yang tidak mesra dan hanya beri layanan eksklusif untuk orang yang setaraf dengan mereka, tidak kira setaraf dari segi pendidikan, agama, kaum, dan cara pemikiran. Kadang-kadang bila terl...

Manusia dan Cemburu

Sebenarnya, secara personal aku merasa agak susah untuk bergaul rapat dengan kebanyakkan kaum perempuan since aku banyak kawan perempuan dan lebih-lebih lagi kalau kita tidak tahu siapa sebenarnya mereka dari luar dan dalam. Tapi, aku taklah bermaksud banyak kawan lelaki atau suka berkawan dengan lelaki. Aku tak kisah berkawan dengan sesiapa pun sebenarnya. Untuk lebih adil, tak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang mulutnya jenis suka mengata orang lain, dan kalau boleh aku nak elakkan sebab takut aku akan jadi seperti mereka. Tambahan pula, perempuan dengan cemburu berpisah tiada, walau sebaik mana hati mereka. Aku pun ada perasaan cemburu, cemburu dengan kejayaan dan kecantikkan orang lain dan sekaligus mendorong aku untuk berjaya seperti mereka. Setakat ni tak pernah lagi buat perkara-perkara jahat seperti menganiaya mereka atau melukakan hati mereka. Itu cemburu yang sangat tidak sihat. Ada sesetengah orang bila mereka cemburu, mereka cenderung untuk berkata jahat, meny...

Cabaran Semasa Penghujung Februari Hingga Awal Mac

 Aku telah lalui bermacam-macam tragedi baru-baru ini. Perkara yang paling teruk adalah masa partner aku kehilangan beg pinggang dia dimana didalam beg tersebut ada duit dia dalam RM1K, satu telefon pintar, duit aku sendiri dalam RM600.00 macam tu dan buku BSN aku semasa kami berkelah di tepi pantai di Pantai Pandan Sematan. Dia tersedar beg dia hilang selepas kami dilanda ombak kecil sebab tak sangka ombak sekecil tu boleh capai di tempat kami sedang duduk yang kebetulan beg partner aku dibiarkan di atas pasir tak jauh dari tempat kami. Memang lama juga mencari beg tu balik tapi malangnya dah tak jumpa dan cun juga masa tu dah nak gelap. So kami pergi buat report polis sebelum balik ke Kuching. Aku kasihan tengok partner aku kesusahan, jadi aku ambil keputusan untuk bagi dia telefon yang baru aku beli beberapa bulan yang lepas. Aku pun tak minta dia bayar balik duit aku yang turut hilang sama pada waktu tu. Perkara kedua adalah aku tak berapa sihat baru-baru ni. Aku sepatut...

Berhenti Menjadi Extremist yang Jahat

Malam semalam, aku ada tengok Facebook post pasal kebencian kepada kepercayaan Islam dan sikap muslim dari seseorang. Dia juga ada post video pasal kononnya sekumpulan muslim cuma mengambil mayat seorang penganut Kristian dari family Kristian dan tukang post tu dakwa bahawa video tu dia ambil dari group Whatsapp dia. Bila diselidiki hal sebenar, rupa-rupanya video yang dia post dekat Facebook tu membawa cerita palsu yang telah diperakui oleh abang kepada orang yang meninggal dalam video tu dan meminta siapa yang telah post dan share di media sosial memadamkan segera sebelum fitnah berleluasa. Tapikan, main point yang sebenar adalah kebencian terhadap kepercayaan orang lain. Aku ada stalk Facebook orang tu dan aku dapati post dia semuanya berunsurkan kebencian dia kepada muslim dan Islam sehinggakan dia pernah post status mengatakan dia tak akan approve pun friend request dari golongan mereka ni. Untuk pengetahuan semua pihak juga, aku pernah juga tengok extremist ...

Miskin Harta

Kadang-kadang terasa hidup ni macam tiada harapan kecuali jika dilahirkan dalam keluarga yang kaya atau menjadi kaya. Susah untuk mengakui tetapi itulah kebenarannya, kerana duit adalah segala-galanya sekarang. Bahkan rasa cinta itu ada masanya perlukan duit, kesihatan, ilmu dan segalanya perlukan duit. Kalau tak ada duit, ada keluarga dan saudara-mara pun tak mengaku rapat, jangankan pula sesetengah kawan. Gambar di atas dan dibawah ni, aku tengah struggle nak cari kerja tetap, sana-sini apply guna online dan hantar resume . Almaklumlah, kalau terdiri dari golongan yang biasa-biasa dan tak ada cable ni, susah sikit nak dapat kecuali kalau yang betul-betul bertuah. Apapun, aku ucapkan tahniah pada yang berjaya, dah berduit banyak nanti jangan lupa berkongsi dengan orang yang susah ya. Aku tak salahkan sesiapa dalam hal berebut rezeki dan kehidupan yang baik, mungkin aku patut cuba sesuatu yang lain dari yang lain selepas ini. Kadang-kadang aku sedih, ada yang miskin nak sambung be...