Skip to main content

Posts

Isu Berkaitan Agama

Makin banyak aku kenal orang baru dan sikap mereka kepada aku, makin banyak perkara baru yang aku tahu yang langsung tidak pernah aku jangka akan berlaku. Mengenang kembali sewaktu aku praktikal beberapa minggu yang lalu, benda yang paling menarik yang sukar aku lupakan adalah bila aku mengadakan perbincangan terbuka dengan pelajar dari UIA ( International Islamic University ). Bila kami bertiga berbincang antara satu sama lain, aku dapat lihat dunia aku dan mereka sangat jauh berbeza. Hidup mereka semestinya berkisar tentang perkara berkaitan Islam seperti mahzab, dan cabang Syiah, Wahabi dan lain-lain aku cuma dengar mereka bercerita dan aku tak nak judge .  Manakala jika dibandingkan dengan hidup aku kebanyakkannya berkaitan dengan semua benda secara kasar yang orang akan ingat aku seperti cetek ilmu tapi aku juga tahu perkara halus yang selalu disembunyikan oleh masyarakat bak kata dark secret  knowledge . Korang juga tahu aku jenis yang tidak religious , so kalau be...

Praktikal Minggu Akhir - Cerita Dr Melisa

Hari ni, aku praktikal dekat salah satu makmal khas untuk mengesan Penyakit Tuberculosis TB dan infeksi dari fungal. Aku rasa gembira sebab dapat berjumpa dengan pelajar Masterskill walaupun ada seorang doktor muka menjus ni suka keluar masuk makmal tanpa tujuan. Doktor yang aku maksudkan ni ada psycho sikit, bahkan staff dekat sini pun tak berapa suka dengan dia. Kemana saja aku pergi di dalam hospital ni, aku sentiasa dengar gosip pasal doktor yang psycho ni. Aku tak salahkan orang yang menggosipkan cerita dia sebab aku tahu dan pernah tengok bagaimana dia melayan semua orang, sikap dia dan cara dia bercakap dengan orang yang pergi dekat dia. Aku pun pernah kena jawab dengan dia tanpa sebab hanya kerana aku tanya pasal staff yang jaga makmal agar tu. Dia agak kurang ajar sorry to say ya. Bila dia seorang-seorang, muka dia sangat masam. Sayang sangat sebab dia ni sebenarnya cantik bagi aku. Hobi dia selalu tengok handphone sampai double chin dia nampak ketara dan pelik walaupu...

Double standard Masa Praktikal

Hi . Macam tak percaya jer aku mampu habiskan praktikal aku dengan jayanya disini. Minggu ni adalah minggu terakhir aku di SGH. Banyak perkara yang berlaku, cerita-cerita bersama rakan se-praktikal yang boleh aku simpan sebagai memori manis yang tak munkin dilupakan. Aku akan sentiasa ingat rakan-rakan dari iSystem, KSKB, Masterskill, PTPL, SEGI, UIA,UM, UPM dan juga UKM. Mereka layan aku dengan sangat baik dan sangat mesra. Aku rasa happy sangat dapat jumpa dengan mereka.  Aku juga sangat berterima kasih dengan staff SGH di sini, kebanyakkan mereka sangat rendah diri, apatah lagi jauh dari sifat kesombongan sehingga melayan kami pelajar praktikal seperti rakan sekerja yang setaraf dengan mereka. Cuma ada juga berlaku peristiwa sedih menimpa rakan se-praktikal yang lain dimana masa tu aku tengah praktikal di Makmal Patologi Kimia dan aku menjadi saksi dimana diskriminasi antara pelajar swasta dan pelajar awam berlaku. Aku juga berasa sedih bila tengok mereka dilayan sebegitu rup...

Praktikal Degree di SGH (Sarawak General Hospital)

Pelbagai perkara yang menyedihkan hati baru-baru ni menimpa aku. Tapi aku tetap kena teruskan hidup dan jadi kuat walaupun sakit. Aku cuba tak nak ambil kisah dengan perkara-perkara yang buat aku tertekan walaupun hampir setiap malam aku bermimpi ngeri mengenainya. Aku sekarang terpaksa pergi praktikal dekat SGH (Sarawak General Hospital) Kuching pun dengan hati yang kosong. Aku terpaksa berlagak okay dengan senyuman paksa yang pernah aku lakukan masa aku sekolah menengah dulu.  Korang tahu tak dulu, aku pernah praktikal diploma aku dekat sini, tempat yang sama dengan department yang sama. Bila mana aku mula menjejakkan kaki ke makmal hospital ni, aku boleh hidu diri aku yang dulu dan juga suasana yang dulu. Aku rindukan tempat ni. Tiada banyak perkara yang berubah sebenarnya dekat sini kecuali staf yang bertukar atau staf yang baru masuk kerja. Aku tahu aku cuma ada satu misi iaitu aku mahu buktikan kepada staf sombong yang pernah sindir aku dan rakan se-praktikal aku dulu yang ...

Kubah Matang Family Park Kuching Bersama Rakan

Bergelar sebagai pelajar ni kita tak boleh lari dari stress dan perkara-perkara yang sentiasa menekan kita untuk bergerak lebih laju. Kita wajib punya kawan sebagai pendorong dan peneman kita dikala kita susah dan senang. Siapalah aku ni tanpa kawan walaupun kawan tidaklah seramai mana. Hari tu, kami plan pergi ke Air Terjun Kubah dan menjalankan aktiviti memanggang sambil melarikan diri dari segala assignments dan ujian kecuali seorang kawan aku ni siap bawa assignment untuk dia siapkan sambil mandi air terjun (tepuk dahi).  Selepas inter-sem , aku sedar yang aku cepat kenyang dan tidak makan terlalu banyak. Tapi masih kelihatan chubby which is aku tak kisah pun sebenarnya.  Gambar-gambar di atas adalah salah satu tempat dalam Kubah Family Park. Kalau kita pergi ke bahagian atas, kita boleh tengok air terjun kecil macam ni. Memandangkan masa tu hari hujan renyai-renyai, tahap air di sungai adalah lebih tinggi dari biasa. Aku dan kawan-kawan mengambil kesempatan ni untuk ...