Skip to main content

Posts

Kisah Wanita yang Berhati Buta

Hari ni aku terasa nak bercerita pasal seorang perempuan yang aku kenal yang 3 tahun lebih tua dari aku. Aku banyak mendengar cerita dari mulut ahli keluarganya sendiri, even cerita-cerita itu keluar dari mulut ibunya suatu ketika dahulu. Semasa dia masih muda dan habis tingkatan 6, dia telah mendapat kerja di suatu tempat di Kuching. Dia juga pernah ada teman lelaki dan mereka menjangkakan hubungan mereka pada ketika itu serius kerana lelaki itu pernah berjumpa dengan kedua ibu ayah perempuan tersebut. Tapi, hubungan mereka berdua tetap juga tidak bertahan lama dan hilang begitu saja. Kata saksi, selepas kejadian tersebut menimpanya, perempuan itu kelihatan kurang ceria dari hari-hari yang sebelumnya. Selang beberapa ketika, banyak perkara yang berlaku dan dia akhirnya pulang ke rumahnya, membungkus beberapa pakaian dan terus keluar dari rumah. Ibunya perasan ada sesuatu yang pelik terjadi pada anaknya. Akhirnya selepas beberapa bulan, dia terkantoi juga yang dia telah mengandung an...

Kepercayaan Aku

Hari ini, aku cuba mendiskusikan berkenaan dengan kepercayaan aku. Beberapa hari yang lalu, telah viral satu gambar dari group privasi Facebook yang didalamnya terdapat sekumpulan anak-anak muda duduk bersama, minum dan bergembira dengan aman di sebuah restoran hipster di Kuala Lumpur. Memandangkan Malaysia merupakan negara yang dimonopoli oleh kepercayaan yang kuat, rata-rata netizen yang taksub tidak berhenti-henti melemparkan kata-kata cacian serta ugutan bunuh kepada sekumpulan anak muda tersebut, hanya kerana mereka menukar pegangan mereka secara peribadi dan menubuhkan kumpulan sebagai tanda sokongan antara satu sama lain. Agak menyedihkan bila golongan mereka ini dilayan seperti penjenayah sampaikan diburu oleh pihak berkuasa. Kita semua boleh melihat akibat dari tindakan ini, wujudnya ketakutan yang melampau kepada kepercayaan utama di negara ini serta penghujat-penghujat yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Tidak terkecuali juga dengan kepercayaan-kepercayaan yang lai...

Anak Anjing

Aku bangun awal pagi seperti hari-hari biasa and bersiap sebelum turun ke tempat kerja. Hari ni juga cuaca agak ceria dan cantik untuk aku berjalan kaki turun kerja memandangkan tempat kerja agak dekat dengan rumah tumpangan aku. Ditengah-tengah perjalanan, aku terdengar bunyi anak anjing menangis tapi belum dapat mengesan tempat asal bunyi berkenaan. Aku berhenti dari meneruskan perjalanan, aku cuba tengok di dalam longkang besar dan rupa-rupanya anak anjing tersebut terperangkap di dalam, tidak dapat keluar sebab tidak tahu melompat. Aku cuba menghantar mesej kepada kawan dan partner aku dengan harapan mereka akan bagi idea apa yang patut aku lakukan tambahan pula aku sudah lambat untuk sampai ke tempat kerja, malangnya sampai berkulat juga menunggu mereka memberi respon. Aku cuba pandang ke sekeliling tapi tiada siapa pula pada waktu itu. Disebabkan keadaan terdesak dan rasa kasihan sangat dengan tangisan dan kecomelan anak anjing yang malang itu, mahu tak mahu aku turun juga m...

Adakah Aku Gagal dalam Hidup?

Tidak semua manusia dilahirkan menjadi seorang yang berjaya dalam hidup. Bahkan banyak yang gagal dalam hidup terpaksa meneruskan hidup mereka dengan hanya mampu berfikiran positif setiap masa termasuk aku. Mungkin kejayaan itu datang lambat, atau memang bernasib malang. 1. Pegangan Perkara yang paling menyedihkan bila aku dilahirkan dalam pegangan yang aku tidak boleh buang begitu saja. Bahkan, aku tidak diberi hak keatas diriku sendiri. Terasa juga seperti patung bernyawa yang diikat tali dibelakang. Satu-satunya medium yang boleh aku gunakan untuk meluahkan tanpa rasa ragu adalah internet sebab aku tak mampu nak sembunyi mentah-mentah dalam almari. 2. Pelajaran Ada degree pun macam tak ada degree , lebih-lebih lagi kalau kepandaian yang biasa-biasa saja. Orang sekarang dah tak pandang education level , sebab bagi mereka gagal SPM pun boleh jadi kaya. Aku pun tak tahu kenapa orang sanggup berfikir macam tu. Kita belajar tinggi-tinggi memang aim nak jadi kayakah? 3. Pek...

Ibubapa yang Pentingkan Diri Sendiri

Hampir semua daripada kita pasti akan menjadi ibu dan ayah yang sayangkan anak-anak mereka, dan sayang itu sangat subjektif dan rumit untuk kita fahami. Aku ni sebenarnya bukanlah bermaksud mahu menghakimi tugas-tugas sebagai ibubapa ni, aku cuma nak bercerita tentang perkara-perkara yang pernah terjadi depan mata aku. Perkara yang berkaitan dengan ibubapa yang sentiasa merasa insecure, overprotective, sombong dan sentiasa yakin mereka adalah ibubapa terbaik dari yang lain. Aku rasa kadang-kadang fenomena ini selalu sangat berlaku. Sesetengah ibubapa suka bercakap hal buruk pasal anak orang lain tapi sebenarnya apa yang mereka katakan berbalik semula kepada anak mereka sendiri. Sebagai contoh, ada ibu bapa sangat bencikan perokok. Benci perkara yang tidak baik itu normal tapi janganlah melampau-lampau sampai menjadikan anak orang lain sebagai contoh untuk dibenci.  Sumber dari Google Image Ada juga situasi yang aku alami sekarang ini, dimana ibubapa lain menganggap aku sebaga...