Skip to main content

Posts

Tiada Belas Kasihan untuk Kamu

Ini adalah perbualan antara aku dengan partner aku Hari tu, salah seorang ahli keluarga aku telah menyampaikan berita kepada aku, seseorang yang aku kenal suatu ketika dahulu baru sahaja meninggal dunia disebabkan tahap kesihatannya yang semakin merosot. Apa yang paling menakjubkan ialah perasaan aku masa tu cuma biasa-biasa sahaja dan aku telah ceritakan hal ini kepada partner aku exactly pada hari yang sama ahli keluarga aku bagitahu aku. Korang boleh tengok perbualan aku dan partner aku seperti di atas, maaf ya sebab banyak kena censored , sebab kandungan perbualan kami ada yang tidak penting untuk diketahui umum. Dari apa yang telah berlaku sekarang, aku mengaku ya, aku memang manusia yang jahat especiall y jahat dengan orang yang jahat dengan aku. Aku teringat zaman aku masih belajar dulu, aku terdesak sangat cari kumpulan yang sudi terima aku untuk buat assignment disebabkan aku telah lost contact dengan group aku yang sebelum ni. Benda ni terjadi sebab salah seorang da...

Kenangan Pahit di UNIMAS

Beberapa tahun telah berlalu selepas aku berjaya habiskan pelajaranku di UNIMAS. Terlalu banyak perkara yang berlaku pada masa itu, menjadi seorang pelajar di sebuah universiti bukanlah seindah yang disangka, seperti mana yang terjadi pada aku pada ketika itu. Terlalu banyak kenangan pahit jika dibandingkan dengan kenangan manis. Aku tahu ada beberapa lecturer dalam program Biotechnology yang sentiasa menganggap aku sebagai pelajar yang bermasalah, padahal mereka tak tahu pun apa yang aku alami, dan apa yang aku rasa lebih-lebih lagi rasa keseorangan serta tiada hala tuju disebabkan aku lain dari yang lain. Mungkin juga mereka adalah penyebab kenapa aku tidak mahu menghadiri majlis konvokesyen aku sendiri. Aku tak bagitahu sesiapa pun hal ni termasuk keluarga dan partner aku sendiri, aku cuma katakan aku tidak berminat dan hanya membazir duit. Siapa tahu, aku sebenarnya berada dalam pemikiran dimana keadaan aku seperti halimunan bila aku tiada apa-apa. Aku sentiasa merasa penat...

Selamat Datang Tahun 2018

Hi. Tak sangka sekarang kita sudah berada di tahun 2018 dan aku pun hampir mencecah 30 tahun, Banyak juga kawan-kawan yang dah kahwin selepas menamatkan pelajaran mereka di peringkat tinggi dengan berjaya. Tiada apa yang aku boleh katakan selain mengucapkan selamat tahun baru dan aku sayangkan mereka sentiasa dan mengharapkan kegembiraan mereka pada masa yang sama. Aku sayangkan kawan-kawan aku walaupun aku bukanlah kawan yang baik. Tadi, aku ada tengok balik gambar-gambar lama aku. Aku tengok gambar adik-adik aku, tempat tinggal ibu dan ayah aku di Sibu. Aku akui aku jarang menelefon mereka baru-baru ni, tapi aku sentiasa berharap mereka okay disana. Lagipun, bukanlah style kami se- family untuk tunjukkan kasih sayang kami antara satu sama lain secara depan-depan. Aku tahu, aku tidak mampu menyimpan masalah aku seorang-seorang, sebab tu blog ni wujud. Aku tak pernah bagitahu kawan aku dan family aku bagaimana cara orang lain melayan aku seperti yang aku ceritakan sebelum ni ...

Kenapa Perlu Membenci Orang Seperti Aku?

Baru-baru ni, aku ada join banyak group Facebook dan baca beberapa blog berkenaan debat di antara banyak pegangan. Ianya agak menakutkan bagi aku sebab aku tak dapat terima jika terdapat unsur-unsur extremis dan keganasan dalam dialog mereka. Aku gelarkan sebagai provokasi. Aku faham, kadang-kadang bila berdebat ni banyak yang tersasar dari landasan dan akhirnya menyebabkan diri sendiri teremosi. Aku sebenarnya tak suka berdebat tapi sometimes rasa ingin tahu buat aku mencari kandungan-kandungan dialog mereka yang mungkin bernas. Debatlah untuk ilmu, bukan untuk menang. Pasti akan jumpa jawapan. Tapi, rasanya semua pegangan ada penganut yang fanatik. Masing-masing cuba menghina antara satu sama lain, tidak ada yang terkecuali. Jadi, aku pun terfikir, kalau macam tu, apalah yang membuatkan kita semua berbeza? Aku tahu pasti akan ada orang persoalkan "Kenapa yang dilahirkan dalam pegangan tertentu boleh keluar dari kepercayaannya dengan begitu mudah?". Pertanyaan ter...

Jadi Seorang yang Berbeza

Apa yang korang boleh faham berkenaan dengan apa yang aku percaya sekarang? Maaflah susah untuk aku berterus-terang secara telus, korang mungkin akan faham jika korang ada keinginan untuk tahu apa yang aku tulis. Apa yang aku percaya sekarang boleh dihuraikan kepada sesuatu yang ringkas tapi bukan orang yang berpegang kepadanya seperti aku. Setiap daripada kami mempunyai idea dan pendapat yang tersendiri. Malahan kami ada yang baik dan buruknya juga, maklumlah sebab kami pun manusia biasa juga seperti yang lain yang memerlukan masa untuk membesar dan matang. Macam aku di sini, aku cuma seorang yang biasa seperti yang lain. Kadang-kadang aku buat salah, kritik apa yang orang lain buat yang mungkin tidak dapat diterima oleh aku tapi kalau boleh aku nak kurangkan sikap sebegitu memandangkan aku tidak mahu melukakan orang-orang disekeliling aku. Sebab tu aku lebih suka berdiamkan diri dan sibuk hal sendiri. Aku faham bagaimana perasaan dilukai oleh seseorang tanpa ada rasa belas kasihan, j...