Skip to main content

Posts

Diri ini Tidak Penting Dalam Hidup Kawan

Beberapa hari yang lalu, aku dan partner aku keluar berjalan-jalan roadtrip guna kereta. Aku sebenarnya jenis yang suka bercakap, kalau dalam kereta jarang mulut ni nak duduk diam. Masa tu aku ceritalah perihal apa yang aku dan kawan-kawan aku buat suatu ketika dahulu dan partner aku tukang dengar jer lah, aku ceritalah pasal aku dulu selalu jadi kawan belakang tabir. Kalau bab roadtrip , kalau ada orang penting, aku tak diiktiraf jadi co-pilot gitu (dengan nada bergurau). Dalam cerita-cerita tu, tiba-tiba partner aku cakap yang aku ni tak penting bagi kawan aku. Mula-mula dengar dia cakap macam tu aku serius tersentap. Partner aku ni nak jadi toksik ker cakap macam tu? Tapi bila fikir balik, betullah apa yang dia bagitahu. Aku pun tak nampak partner aku marah atau cuba menghasut aku. Dia cuma bagitahu macam tu jer lepas tu diam. Dalam masa tu lah aku sempat berfikir panjang dan akhirnya aku pun setuju. Selama berpuluh-puluh tahun aku hidup, aku akui aku bukan orang yang pe...

Pengalaman Jadi Pesakit Covid 19

Pejam celik dah bulan April dah sekarang, syukur negara kita sudah beralih ke fasa endemik. Mana-mana yang nak balik ke kampung halaman bolehlah balik dengan hati yang senang. Since sudah vaksin ni, kalau kena Covid 19 pun dah tak rasa apa dah sekarang. Aku pernah dengar ada seorang bekas pesakit Covid 19 dalam masa beberapa hari dah boleh sembuh yang penting dapatkan rehat yang cukup, makan ubat bila perlu dan jalani kuarantin diri untuk keselamatan orang lain. Aku juga tidak terkecuali berpeluang untuk merasa pengalaman jadi pesakit Covid 19 ni, walaupun ianya bukanlah sesuatu fenomena yang luar biasa lagi sekarang. Biasalah jangkitan di tempat kerja memang sangat common selain dari family gathering ni even aku dah berusaha jaga diri sebaik yang boleh di pejabat. Sebenarnya kejadian yang menimpa aku ni boleh dielak lagi kalau nak diingatkan balik tapi itulah, kita dah jaga diri baik-baik tapi orang lain tak jaga diri mereka dan orang sekitar mereka. Aku pun tak boleh nak bua...

Selamat Datang Bulan Kelahiran

Bulan ni bulan yang birthday bagi aku, walaupun ianya tidaklah seistimewa macam orang lain. Terlalu banyak berlaku sepanjang masa ni walaupun masih diawal tahun, aku cuma catat di dalam diary elektronik aku saja, blog ni aku update sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Video pula hampir tak ada masa nak sunting sebab sepanjang bulan dua aku memang busy dan penat bekerja. Al-maklumlah, kalau kerja company kena kerah sampai hari Sabtu. Lepas tu hari Ahad kena beli barang keperluan dan rehat sekejap sebelum kerja bermatian keesokkan harinya. So, Youtube Channel aku kena bertabahlah sebab aku sangat kekurangan masa. Aku ni pun bukannya semua orang suka. Ada yang pura-pura suka, ada yang hanya suka bila aku beri manfaat kepada mereka, namun banyak yang benci dalam diam, tak kurang juga yang hanya memandang aku sebagai pesaing mereka. Entahlah dunia ni. Betul kata Kak Mal, lebih bagus kita kecilkan circle sosial kita sahaja daripada menderita. Sekarang ni pun aku lebih mementin...

Tahun Baru buat Vlog

Ini adalah entri pertama dalam tahun 2022. Meskipun aku sekarang dah tak berapa ada masa nak menaip blog, aku cuba mencari sisa-sisa masa terluang sebelum cuti perayaan CNY ni berakhir. Start kerja ni nanti masa aku banyak terbuang di office menguruskan hal-hal akaun syarikat tempat aku bekerja. Tahun ni juga merupakan tahun yang agak baru untuk aku mulakan hidup bersama dengan partner aku. Walaupun majoritinya tiadalah banyak yang berbeza sangat disebabkan kami masing-masing bekerja tidak sama masa, dimana aku ni kerja office hour dan partner aku kerja shift . Masa untuk kami berjumpa pun terhad seperti sebelum ni. Tahun ni juga aku mempunyai cita-cita untuk jangka panjang iaitu untuk menjadi seorang yang berbakat dalam bidang seni dan ingin asah lagi bakat tu sampai jadi professional. Baru-baru ni juga aku ada buat video dekat Youtube pasal life aku sebagai Sarawakian. Aku pernah terfikir orang zaman now ni dah tak berapa minat nak baca blog dan mereka biasanya lebih fok...

Hobi Lama Kembali

Setelah lebih 10 tahun aku meninggalkan dunia melukis manga ni, tiba-tiba rasa tertarik kembali perasaan nak melukis, mungkin disebabkan fenomena Covid-19 yang masih hangat seperti tayangan gadis menari di Tik Tok yang menyebabkan kita lebih banyak meluangkan masa dirumah berbanding di luar. Beberapa bulan yang lalu, aku pernah dikuarantinkan di rumah kerana kontak rapat rakan sekerja positif Covid-19 dan aku rasa lega jugalah sebab sehingga sekarang, aku, partner aku, serta keluarga aku masih terhindar dari dijangkiti virus tersebut. Terima kasih juga kepada pencipta vaksin Covid-19 ni, kalau nak diikutkan aku sepatutnya dah boleh dijangkiti sebab rakan sekerja aku yang positif tu cuma duduk sebelah saja dengan aku, siap boleh makan sama-sama bersebelahan meja ke meja. Masa tu pun, rakan sekerja sudah menunjukkan simptom seperti batuk, sakit tekak dan demam yang teruk. Sebelum aku dikuarantinkan selama 15 hari, aku ada order iPad disebabkan aku terasa sangat nak melukis mengg...