Skip to main content

Posts

Jangan Menyusahkan Hidup Orang Lain

Sedar tak sedar, sudah hampir setengah tahun berlalu. Sungguhpun tak banyak percapaian lagi, tapi aku tetap gembira dengan kehidupan sekarang. Kalau dulu blogging pun tak teratur, tahun ni aku cuba buat entri sebulan sekali walaupun blogging ni dah out-of-trend , sebab aku buat ni untuk tatapan diri sendiri juga di masa akan datang. Bulan lepas banyak peristiwa yang berlaku disekeliling aku, contohnya kerajaan dah umumkan kenaikkan gaji minimum dan harga barang naik sangat mendadak. Tak tahulah kalau kerajaan ada aware dalam hal ni kah tidak sebab masih banyak lagi pekerjaan yang rate gaji bawah RM1,500.00 dan harga barang naik langsung tak setimpal dengan kenaikan gaji sekarang. Aku syak mesti ada pihak yang untung dalam krisis yang sebegini. Macam aku ni baru nak cari kerja lain yang lebih dekat dengan rumah dan fleksibel kerja dari Isnin sampai Jumaat terus kena tukar gaji rate demand hanya disebabkan situasi macam ni. Aku bukan bermaksud tak suka kerja sekarang tapi sebab...

Penat Lelah Bekerja

Pejam celik dah lebih lapan tahun aku bekerja sekarang selepas menamatkan pengajian di peringkat tinggi. Aku dulu mengambil masa yang lama untuk habis belajar sebab terpaksa melalui diploma 3 tahun lebih dan tunggu untuk kemasukkan intake ijazah, lepas tu rehat sekejap dalam masa beberapa bulan dan kemudian barulah aku bekerja. Kalau nak tahu, tempat aku kerja ni lah tempat kerja pertama aku sampailah sekarang dengan pelbagai jawatan yang pernah aku pegang sepanjang masa di sini sebab belum ada rezeki nak dapat kerja baru. Aku juga tak minat kerja kerajaan atas sebab tertentu, juga pernah apply suatu ketika dahulu berkurun lamanya atas desakan orang dan keluarga yang masih berada di takuk pemikiran lama mereka, sampai sekarang tak ada hati nak update baru portal entah apa-apa. Cita-cita aku nak jadi freelancer dalam bidang videographer , digital painting dan non-digital art. So far , kerja swasta masih relevan untuk aku walaupun agak memenatkan dan agak stress. Aku sebena...

Trauma Ditindas dan Dihina Oleh Orang Awam

Beberapa tahun yang lalu, pernah berlaku satu kejadian di Semenanjung, seorang lelaki kurang siuman menampar wanita di perhentian bas kerana tidak memakai tudung. Kemudian tahun-tahun sebelum ini juga kerap berlaku di Iran, wanita-wanita di sana berdepan dengan harassment yang teruk malah ada yang kena tindakan fizikal hanya kerana tidak memakai tudung dengan sempurna. Baru-baru ni viral di Tik Tok seorang lelaki tua dimarah suami kerana menegur isterinya tentang aurah/aurat sedangkan lelaki tua itu tidak kenal pun siapa pasangan suami isteri tersebut. Namun since negara yang kita tinggal ini agak taksub, lelaki tua yang melakukan harassment tersebut mendapat pujian manakala mangsa harassment pula dikutuk habis-habisan. Situasi ini aku boleh samakan dengan situasi yang pernah berlaku di suatu tempat, iaitu dimana seorang wanita dirogol, dan masyarakat setempat telah menyalahkan wanita tersebut kerana pemakaiannya, tidakpun kerana keluar malam atau keluar seorang berbanding menyala...

Tiada Majlis Kahwin Untukku

Dua hari yang lepas, aku ada hadiri majlis pertunangan sahabat sejak diploma sampailah sambung degree. Cuma bekerja jer yang tak sama. Setelah hampir beberapa tahun tidak bersua muka, akhirnya ketemu juga di Serian dalam keadaan yang bahagia dan sihat walafiat. Aku pun sama, sihat dan obesitinya tak tipu, nak ambil gambar pun susah nak posing sana-sini cari sudut yang nampak kurus. Beberapa tahun yang lepas pun ada juga hadir ke majlis perkahwinan sahabat lain. Tapi masa tu, entah kenapa masih rasa kebulur juga, maybe sebab satu meja full 10 orang dan hidangan agak sikit dari segi kuantiti, berbanding majlis dua hari yang lepas agak mengenyangkan dan kami semeja full cuma 8 orang sahaja. Tapi, aku tak lah berani nak complain lebih-lebih sebab dua-dua majlis yang pernah aku hadiri ni ada kelebihannya yang tersendiri, seperti saiz yang besar, cantik dan tersusun dan berjalan lancar sehingga ke akhir majlis. Apapun, terima kasih sebab bagi makan secara percuma. Jika dibandingkan...

Manusia yang Pentingkan Diri Sendiri

Perkara yang tak seronok bila hidup bersama manusia yang ramai ni adalah bila berjumpa dengan mereka yang jahat atau sanggup buat apa saja untuk kepentingan sendiri. Tak kisahlah dari kecil sampai ke besar, aku tengok kalau dah pelik-pelik perangai tu memang akan bawa masalah kepada kita juga. Aku faham siapa kita untuk menilai baik buruk seseorang, bahkan orang yang rasa diri mereka kuat agama akan menganggap orang yang tidak kuat agama atau tidak seiman itu adalah orang yang tidak baik. Erti sebenar dalam istilah kejahatan yang aku maksudkan ini lebih kepada PENTINGKAN DIRI SENDIRI SEHINGGA MENINDAS ORANG LAIN . Selebihnya kelakuan mereka kepada yang lain, biarlah mangsa itu sendiri yang menilai. Image dari Google Dari pengalaman aku sendiri, keadaan paling banyak aku jumpa pentingkan diri sendiri adalah di atas jalan raya. Jangan ingat Sarawak ni aman damai berbilang bangsa dan agama bersatu teguh. Tidak. Banyak yang salah, sikit saja yang betul. Banyak yang agresif bila di atas ja...